Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
84) STATUS PENUKARAN NAMA BAGI BOT NELAYAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah progres penukaran dasar untuk membenarkan penukaran nama bagi bot nelayan kecil pada peringkat Selangor sejak pengumuman Menteri Pertanian dan Keterjaminan makanan berkenaan hasrat demikian pada Julai 2024?
Proses penukaran nama bagi nelayan adalah tertakluk kepada dasar dan prosedur perlesenan sedia ada. Proses ini dikenali sebagai proses pindah milik.
Proses pindah milik akan dilaksanakan berdasarkan kes-kes sebagaimana berikut:
- Kematian
- Sakit yang menyebabkan hilang upaya
- keluar industri
Namun bagi semua permohonan pindah milik tersebut juga akan dinilai untuk beberapa perkara seperti bilangan kesalahan, jenis kesalahan dan jumlah mata kesalahan pada vesel tersebut. Setiap mata kesalahan mempunyai tempoh edah tertentu sebelum permohonan pindah milik tersebut dapat dilakukan. Sekiranya vesel tersebut mempunyai 2 atau 3 kesalahan ke atas maka permohonan akan dipanjangkan ke peringkat ibu pejabat untuk pertimbangan selanjutnya.
Segala permohonan pelesenan perlu dilakukan dalam sistem e-Lesen oleh pemohon dan segala permohonan ini hanya akan diproses dan dipertimbangkan melalui sistem e-Lesen. Segala pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pejabat Perikanan Daerah di mana vesel berpangkalan untuk maklumat lanjut.