Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

81) SELANGOR SARING

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan bilangan orang yang telah menyertai Program Selangor Saring mengikut DUN dan jenis saringan yang telah dibuat.

    Berikut adalah Senarai bilangan orang yang telah menyertai Program Selangor Saring mengikut DUN dan jenis saringan yang telah dibuat:

    No DUN Jumlah Peserta Jenis Saringan
    1 Sijangkang 109 Saringan asas, kanser & saring plus
    2 Bukit Melawati 384 Saringan asas, kanser & saring plus
    3 Pandan Indah 58 Saringan asas & kanser
    4 Seri Kembangan 239 Saringan asas, kanser & saring plus
    5 Kuala Kubu Bharu 88 Saringan asas, kanser & saring plus
    6 Hulu Kelang 133 Saringan asas, kanser & saring plus
    7 Lembah Jaya 148 Saringan asas, kanser & saring plus
    8 Bandar Utama 689 Saringan asas, kanser & saring plus
    9 Tanjung Sepat 101 Saringan asas, kanser & saring plus
    10 Seri Serdang 179 Saringan asas, kanser & saring plus
    11 Bukit Melawati 2.0 98 Saringan asas, kanser & saring plus
    12 Gombak Setia 114 Saringan asas, kanser & saring plus
    13 Banting 141 Saringan asas, kanser & saring plus
    14 Paya Jaras 117 Saringan asas, kanser & saring plus
    15 Dengkil 95 Saringan asas, kanser & saring plus
    16 Sungai Tua 220 Saringan asas, kanser & saring plus
    17 Batu tiga 174 Saringan asas, kanser & saring plus
    18 Pandamaran 262 Saringan asas, kanser & saring plus
    19 Kampung Tunku 184 Saringan asas, kanser & saring plus
    20 Dengkil 2.0 131 Saringan asas, kanser & saring plus
    21 Teratai 172 Saringan asas, kanser & saring plus
    22 Kinrara 314 Saringan asas, kanser & saring plus
    23 Pelabuhan Klang 181 Saringan asas, kanser & saring plus
    24 Sabak 169 Saringan asas, kanser & saring plus
    25 Subang Jaya 790 Saringan asas, kanser & saring plus
    26 Kota Kemuning 334 Saringan asas, kanser & saring plus
    27 Balakong 239 Saringan asas, kanser & saring plus
    28 Karnival Pantai Bharu 62 Saringan asas & kanser
    29 Seri Setia 202 Saringan asas, kanser & saring plus
    30 Sungai Ramal 223 Saringan asas, kanser & saring plus
    31 Rawang 373 Saringan asas, kanser & saring plus
    32 Bukit lanjan 268 Saringan asas, kanser & saring plus
  2. Apakah "cost of diagnosis" bagi seorang peserta dan bagaimanakah Kerajaan Negeri boleh meningkatkan "cost-effectiveness of diagnosis"?

    Berikut adalah perincian “cost of diagnosis” bagi seorang peserta Program Selangor Saring:

     

    1. Kos saringan asas di lapangan adalah sebanyak RM65 seorang iaitu meliputi pemeriksaan fizikal, pengambilan sampel darah dan urin
    2. Kos saringan kanser di lapangan bagi peserta lelaki adalah sebanyak RM10 bagi saringan kolorektal dan RM25 bagi saringan prostat
    3. Kos saringan kanser di lapangan bagi peserta wanita adalah sebanyak RM180 bagi saringan serviks

     

    Sekiranya Keputusan menunjukkan tidak normal, peserta boleh membuat temu janji di klinik panel & Hospital bagi membuat prosedur kanser dan pengesahan diagnosis tersebut. Perincian kos adalah seperti berikut:

     

    Jenis Diagnosis Kos Diagnosis
    Kanser Serviks (Colposcopy) RM350
    Kanser Kolorektal (Colonoscopy) RM600
    Kanser Prostat (Transrectal Guided Biopsy) RM1,500
    Kanser Payudara (mammogram) RM250
    Kanser Payudara (Ultrasound) RM200
    Kanser Payudara (Biopsy) RM3,000
  3. Nyatakan bilangan peserta yang telah mendapat rujukan untuk pemeriksaan susulan / hospital mengikut DUN.

    Bilangan peserta yang telah mendapat rujukan untuk pemeriksaan susulan adalah seperti berikut:

     

    1. Saringan asas adalah sebanyak 1,120
    2. Saringan Kanser adalah sebanyak 1,782

Lampiran

Tiada Lampiran.