Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
80) KUAT KUASA AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan status terkini hakmilik strata pangsapuri di DUN Kampung Tunku: Residency Park 51 @Park 51 Residency (Lot 23513), Impian Seri Setia (Lot 23514) dan Boulevard 51 @Park 51 (Lot 23515).
Soalan (a) dan (c) dijawab bersekali.
Untuk makluman Yang Berhormat, status terkini hakmilik strata pangsapuri tersebut adalah seperti berikut:
- Residency Park 51 @Park 51 Residency (Lot 23513)
Hakmilik : PN 111705 Lot 23513 Bandar/ Daerah : Bandar Petaling Jaya, Petaling Status : i. Pemaju tanah telah mengemukakan Permohonan Pecah Bahagi Bangunan untuk Pengeluaran Hakmilik Strata melalui Jurukur Tanah Berlesen iaitu Jurukur Sutera pada Disember 2020; ii. Walaubagaimanapun, permohonan tersebut telah dikuiri berikutan penyediaan dokumen tidak lengkap dan tidak teratur. Surat kuiri telah dikeluarkan pada Januari 2021;
iii. Bayaran semula bagi permohonan Tukar Syarat Nyata Tanah telah dibuat melalui Sistem e-Tanah pada 18 Oktober 2024.
- Impian Seri Setia (Lot 23514)
Hakmilik : PN 97427 Lot 23514 Bandar/ Daerah : Bandar Petaling Jaya, Petaling Status : i. Pemaju tanah telah mengemukakan Permohonan Pecah Bahagi Bangunan dan Permohonan Meminda Syarat Nyata untuk skim ini untuk Pengeluaran Hakmilik Strata melalui Jurukur Tanah Berlesen iaitu Jurukur Sutera pada April 2015; ii. Permohonan Meminda Syarat Nyata telah diluluskan oleh YAB Menteri Besar pada Disember 2016;
iii. Notis 7G telah dikeluarkan kepada pihak pemaju untuk tujuan bayaran premium tambahan pada Januari 2017;
iv. Pemaju membuat rayuan mohon lanjut tempoh Notis 7G pada Mei 2017, walaubagaimanapun permohonan tersebut telah ditolak pada Jun 2017;
v. Sehingga 30 Oktober 2024, pemaju masih belum mengemukakan permohonan semula untuk menjelaskan premium tambahan tersebut.
- Boulevard 51 @Park 51 (Lot 23515)
Hakmilik : Lot 23515 Bandar/ Daerah : Bandar Petaling Jaya, Petaling Status : i. Tiada Permohonan Pecah Bahagi Bangunan untuk Pengeluaran Hakmilik Strata dikemukakan oleh pemaju; ii. Lot tanah tersebut didapati tiada hakmilik muktamad (final tittle) sedangkan permohonan ukur kepada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Cawangan Negeri Selangor (JUPEM) telah selesai pada tahun 2017.
-
Apakah tindakan Kerajaan untuk memastikan pemaju membayar premium tambahan bagi Impian Seri Setia (Lot 23514)?
Untuk makluman Yang Berhormat, dokumen hakmilik tanah dan strata tidak akan dikeluarkan bagi pembangunan tersebut sekiranya premium tanah tidak dijelaskan oleh pihak pemaju seperti yang tertakluk di bawah Seksyen 10, Akta Hakmilik Strata 1985 (AHS 1985). Oleh yang demikian, pihak pemaju boleh didakwa kerana telah melanggar perjanjian jual beli di antara pemaju dengan pembeli. Tindakan undang–undang boleh diambil di bawah Akta Kontrak dan Akta Pemajuan Perumahan Kawalan dan Perlesenan 1966 (Akta 118).
-
Nyatakan bilangan dan jenis notis yang telah dihantar kepada pemaju sejak tahun 2015 - 2024.