Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

66) TAPAK KLINIK KESIHATAN SUBANG BESTARI DUN KOTA DAMANSARA

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah tapak tersebut akan di bina klinik kesihatan bagi kegunaan penduduk setempat?

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

    Untuk makluman Tuan Yang di Pertua, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan bagi memastikan komuniti menerima manfaat secara menyeluruh.  Status perancangan pembinaan bagi Klinik Kesihatan Subang Bestari masih dalam peringkat penyerahan tanah oleh pemaju. Dalam hal ini, Pejabat Kesihatan Daerah Petaling sedang dalam proses penyemakan status tanah tersebut dengan Pejabat Tanah Daerah Petaling, Selangor.

     

    Begitu juga, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor perlu mengkaji perancangan bagi tapak yang dikenalpasti untuk pembinaan Klinik Kesihatan Subang Bestari mengikut tatacara sedia ada sebelum melakukan sebarang proses land swaping.

  2. Adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk melakukan land swaping terhadap tanah tersebut?

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

    Untuk makluman Tuan Yang di Pertua, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan bagi memastikan komuniti menerima manfaat secara menyeluruh.  Status perancangan pembinaan bagi Klinik Kesihatan Subang Bestari masih dalam peringkat penyerahan tanah oleh pemaju. Dalam hal ini, Pejabat Kesihatan Daerah Petaling sedang dalam proses penyemakan status tanah tersebut dengan Pejabat Tanah Daerah Petaling, Selangor.

     

    Begitu juga, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor perlu mengkaji perancangan bagi tapak yang dikenalpasti untuk pembinaan Klinik Kesihatan Subang Bestari mengikut tatacara sedia ada sebelum melakukan sebarang proses land swaping.

Lampiran

Tiada Lampiran.