Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
64) PENAIKTARAFAN SUBANG AIRPORT
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi merancakkan ekonomi setempat terhadap penaiktarafan Subang Airport?
Dalam usaha merancakkan ekonomi setempat terhadap penaiktarafan Subang Airport, Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menyediakan Kajian Pelan Induk Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dan kawasan sekitar di Seksyen U3 dan U6 dimana pelan ini diperingkat akhir untuk kelulusan. Matlamat penyediaan kajian tersebut adalah menjadikan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah sebagai Hub Industri Aeroangkasa yang memacu pertumbuhan ekonomi yang berdaya saing di peringkat negeri dan negara. Bagi mencapai matlamat tersebut, beberapa objektif telah dirangka. Antaranya adalah seperti berikut :-
- Mengukuhkan rangkaian dan jaringan pengangkutan yang bersepadu dan menyeluruh dengan penambahbaikan mobility bandar. Antaranya penambahbaikan rangkaian jalanraya, jaringan laluan pengangkutan awam serta laluan pejalan kaki dan jaringan laluan mikro mobiliti
- Merancang kemudahan infrastruktur dan utiliti yang baik dan mencukupi bagi system saliran dan mitigasi risiko banjir, system bekalan air dan elektrik, system pembentungan, pengurusan sisa pepejal dan liputan telekomunikasi.
- Melahirkan imej dan rekabentuk bandar ‘airport city’ yang jelas dan khusus dengan pembangunan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.
- Memacu pertumbuhan ekonomi komuniti setempat dengan menjadikan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah sebagai destinasi dan tarikan pelancongan seperti gastronomy tourism, shopping tourism, cultural tourism dan special interest packages.
-
Apakah plan jangka panjang bagi infra kawasan sekitar untuk persediaan penaiktarafan Subang Airport?
Pelan jangka panjang bagi infra kawasan sekitar untuk persediaan penaiktarafan Subang Airport terkandung dalam kajian pelan induk yang disediakan oleh pihak MBSA yang mana ianya dalam proses akhir untuk kelulusan. Pelan ini akan merangkumi aspek penguraian trafik, penyelesaian isu banjir dan cadangan mengaktifkan semula perkhidmatan REL.
Sumber : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
-
Adakah kerajaan bercadang untuk menyelesaikan masalah trafik dan banjir di kawasan Subang Airport?
Sungai Damansara merupakan sungai utama yang berdekatan dengan lokasi Subang Airport. Pihak Kerajaan Negeri melalui JPS akan menaiktaraf Sg. Damansara melalui Projek RTB Damansara yang bermula pada 16 Oktober 2024 dan dijangka siap pada 15 Julai 2029. Pelaksanaan projek pengurusan projek ini adalah secara Reka & Bina yang akan melibatkan proses merekabentuk sebelum kerja-kerja pembinaan dilaksanakan.
Selain itu, Kajian Pelan Induk Bandar Lapangan Terbang (LTSAAS) sedang dijalankan oleh pihak MBSA bagi menaiktaraf sistem saliran dalaman dan mitigasi risiko banjir di kawasan berkenaan.
Kementerian Ekonomi telah meluluskan peruntukan sebanyak RM155 juta dalam RP5 RMKe 12 Tahun 2025 bagi projek Menaiktaraf Jalan Subang-Sungai Buloh (FT15) Lapangan Terbang Subang, Petaling, Selangor. Projek menaiktaraf ini melibatkan penyediaan Rekabentuk dan proses Pengambilan Tanah untuk menyelesaikan masalah trafik dan banjir di kawasan Subang Airport.
Sumber : Jabatan Pengairan dan Saliran, Negeri Selangor (JPS) &
Jabatan Kerja Raya, Negeri Selangor.