Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
60) MYSEL
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
senarai jumlah kes yang diterima dan bilangan kes permohonan yang berjaya mengikut kaum dan kategori setiap tahun sejak penubuhannya.
Untuk makluman Yang Berhormat Kota Damansara, Pusat Dokumen Pengenalan Diri MySel telah ditubuhkan pada tahun 2008 bagi membantu menangani permasalahan yang dihadapi oleh rakyat di negeri Selangor khususnya dalam mendapatkan dokumen pengenalan diri.
Bilangan permohonan di bawah Program MySel yang diterima sejak bulan September 2018 adalah sebanyak 6,419 kes dengan 2,437 kes telah berjaya diselesaikan sehingga Oktober 2024. Statistik permohonan kes yang diterima dan berjaya diselesaikan mengikut kaum dan kategori bagi tahun 2018 sehingga Oktober 2024 adalah seperti dalam Jadual 1 dan Jadual 2 di Lampiran.
-
Jumlah dana yang telah di belanjakan mengikut tahun daripada ditubuhkan sehingga kini.
Untuk makluman Yang Berhormat, tiada dana khusus diperuntukkan untuk pelaksanaan kerja-kerja di bawah Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri Mysel melainkan bayaran gaji kepada Pegawai Operasi Mysel yang dilantik dengan menggunakan peruntukan mengurus jabatan.