Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
59) PEMASANGAN LAMPU SOLAR LED
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Kamri Bin Kamaruddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah pihak MPAJ bercadang untuk menaik taraf lampu limpah ke lampu solar led di semua taman taman reakreasi bagi tujuan pengurangan kos operasi dan penjimatan penyelenggaraan?
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mempunyai perancangan untuk menaiktaraf lampu limpah kepada lampu solar LED pintar. Walau bagaimanapun, perancangan terbabit bergantung kepada peruntukan MPAJ atau sebarang kaedah kolaborasi dengan pihak swasta. MPAJ telah menaiktaraf semua lampu jalan kepada lampu LED pada tahun 2018 dan masih dalam tempoh waranti oleh pihak pembekal sehingga tahun 2025.