Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
55) LALUAN MASUK MASJID UKAY PERDANA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Kamri Bin Kamaruddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah laluan masuk dan keluar ke Masjid Ukay perdana yang terletak di sebelah lebuhraya EKVE selamat apabila lebuhraya EKVE siap dan kadar trafik meningkat?
Laluan masuk dan keluar ke Masjid Ukay Perdana yang terletak di sebelah lebuh raya EKVE adalah selamat.
Pihak EKVE akan menyiapkan lebuh raya ini dengan keperluan dan ciri-ciri keselamatan seperti berikut:
- Pemasangan papan tanda yang jelas untuk memberi amaran awal kepada pemandu tentang laluan masuk dan keluar ke masjid;
- Pembinaan laluan keluar masuk yang sesuai. Lorong kanan dan jalan susur yang membolehkan kenderaan masuk atau keluar tanpa menggangu aliran trafik utama; dan
- Peraturan had laju bagi mengawal kelajuan kenderaan bagi menjamin keselamatan pengguna jalan.
-
Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk mengubah pintu masuk serta menyediakan pejalan kaki untuk keselamatan kariah?
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) tiada perancangan untuk mengubah pintu masuk dan tidak mempunyai perancangan untuk menyediakan laluan pejalan kaki di kawasan ini. Cadangan tersebut boleh dipertimbangkan mengikut kesesuaian pada masa hadapan.