Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

48) DANA GUAMAN SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan untuk menambahbaik Program Dana Guaman Selangor?

    Langkah-langkah penambahbaikan Dana Bantuan Guaman Selangor (DBGS)

     

    Dana Bantuan Guaman Selanogr (DBGS) adalah satu inisiatif penting untuk memastikan akses kepada keadilan bagi golongan kurang berkemampuan. Justeru, Kerajaan Negeri Selangor komited untuk memastikan DBGS terus berfungsi secara efektif dan memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan dengan merangka dan melaksana beberapa langkah speerti berikut :

     

    1. Penambahbaikan Proses Permohonan

    Pengukuhan proses permohonan DBGS dilakukan dengan memeperkenalkan system permohonan atas talian yang memudahkan rakyat mengakses perkhidmatan ini. Pemohon juga hanya perlu melampirkan dokumen sokongan yang minima bagi mempercepatkan proses kelulusan seterusnya dapat memastikan pemohn menerima bantuan lebih cepat dan efisyen.

     

    1. Meningkatkan Program Advokasi dan Promosi

    Untuk meningkatkan kesedaran tentang DBGS, kempen kesedaran mengenai program ini akan diperluas melalui sesi libat urus, taklimat khas, penerangan di platform media social, siaran berita, risalah dan e-poster di laman-laman web rasmi kerajaan serta media arus perdana seperti televisyen, radio dan surat khabar.

Lampiran

Tiada Lampiran.