Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

44) MASALAH PENCAHAYAAN DI JALAN JKR DI DUN SENTOSA

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Masalah kecurian cable yang tiada penghujung. Apakah langkah bagi mengatasi masalah ini?

    Di antara langkah-langkah yang telah diambil untuk mengatasi masalah kecurian kabel elektrik :-

     

    1. Bermula 2018, kabel elektrik bawah tanah bagi sistem lampu jalan telah diganti dari jenis kuprum (copper) kepada aluminium. Ini kerana ‘second-hand value’ bagi material kuprum adalah sangat tinggi berbanding aluminium. Penggunaan kabel jenis aluminium telah didapati dapat mengurangkan kadar kecurian kabel bawah tanah.
    2. Menukarganti lampu sedia ada kepada Solar LED (bagi kawasan yang berulang kali mengalami masalah kecurian kabel bawah tanah.
    3. Menutup terus bukaan kabel bawah tanah (service door) secara ‘concreting’ terutama bukaan pada NJB dan parapet.
    4. Bekerjasama dengan pihak penguatkuasa untuk melaksanakan rondaan secara berkala di kawasan tinggi kadar kecurian
  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meluaskan penggunaan lampu solar?

    Kerajaan Negeri melalui Exco Infrastruktur dan Pertanian telah mengambil inisiatif bagi pemasangan lampu solar di seluruh DUN Negeri Selangor di bawah Program Selangor Bercahaya bermula tahun 2022. Program ini dilaksanakan secara 2 Fasa iaitu pada tahun 2022 untuk 31 DUN dan tahun 2023 untuk 25 DUN. Peruntukan bagi program ini adalah sebanyak RM 6 Juta dan hasil pemasangan sebanyak 790 set lampu solar telah dipasang di seluruh DUN Negeri Selangor dengan kos pemasangan sebanyak RM 5.98 Juta.

     

    Program Selangor Bercahaya ini telah diperluaskan ke Fasa 3 Tahun 2024 dengan kelulusan peruntukan sebanyak RM 1.5 Juta. Lokasi pemasangan bagi Fasa 3 yang melibatkan 150 tiang telah diterima dari Pejabat YB Exco Infrastruktur dan Pertanian pada 23hb Oktober 2024 untuk dimulakan pemasangan.

Lampiran

Tiada Lampiran.