Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
37) KESESAKAN LALU LINTAS
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan rancangan untuk pembesaran jalan FT01 dari Kolam Air Panas Selayang hingga kawasan simpang jalan Eko Templer.
Bagi mengurangkan kesesakan di Jalan FT01, JKR Selangor telah mengemukakan permohonan bagi menaiktaraf di sebahagian kawasan kritikal Jalan FT01 di bawah permohonan RMKe-12 RP4 melalui Kementerian Kerja Raya pada 13 Disember 2023 iaitu “Menaiktaraf Jalan Kuala Lumpur – Tanjung Malim (FT01) Dengan Menambah Satu (1) Lorong Mendaki Sehingga Ke Susur Keluar Taman Amansiara, Dalam Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan”. Perlaksanaan projek bergantung kepada kelulusan peruntukan daripada pihak Kementerian Kewangan.
-
Nyatakan proses kini dan masa depan berkenaan projek pembinaan berkenaan NODE Highway.
Cadangan pelaksanaan projek Lebuhraya Kuala Lumpur – Northern Dispersal Expressway (KL – NODE) sepanjang 40.22 kilometer telah mendapat kelulusan prinsip daripada pihak Kerajaan pada 17 September 2021. Tempoh kelulusan prinsip selama tiga (3) tahun ini telah tamat pada 16 September 2024 dan permohonan daripada pihak syarikat supaya kelulusan prinsip ini untuk dilanjutkan sedang dalam semakan dan pertimbangan pihak Kerajaan.