Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
36) SEJATI MADANI
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan statistik dan status permohonan berkenaan Sejati Madani mengikut kawasan DUN.
Untuk makluman Yang Berhormat Rawang berdasarkan rekod melalui Sistem MySejaTi MADANI sehingga 30 Oktober 2024, statistik dan status permohonan mengikut kawasan DUN adalah seperti berikut:
DUN JUMLAH PERMOHONAN DILULUSKAN BALAKONG 2 BANDAR BARU KELANG 1 BANDAR UTAMA 1 BANTING 2 BATANG KALI 15 BATU TIGA 10 BUKIT ANTARABANGSA 1 BUKIT GASING 0 BUKIT LANJAN 0 BIJKIT MELAWATI 5 DENGKIL 11 DUSUN TUA 13 GOMBAK SETIA 0 HULU BERNAM 16 HULU KELANG 1 IJOK 3 JERAM 8 KAJANG 1 KAMPUNG TUNKU 0 KINRARA 0 KOTA ANGGERIK 13 KOTA DAMANSARA 2 KOTA KEMUNING 5 KUALA KUBU BAHARU 7 KUANG 9 LEMBAH JAYA 5 MERU 4 MORIB 3 PANDAMARAN 1 PANDAN INDAH 1 PAYA JARAS 11 PELABUHAN KLANG 4 PERMATANG 15 RAWANG 8 SABAK 14 SEKINCHAN 5 SELAT KELANG 4 SEMENTA 5 SEMENYIH 10 SENTOSA 0 SERI KEMBANGAN 0 SERI SERDANG 1 SERI SETIA 0 SIJANGKANG 7 SUBANG JAYA 2 SUNGAI AIR TAWAR 16 SUNGAI BURONG 16 SUNGAI KANDIS 3 SUNGAI PANJANG 14 SUNGAI PELEK 6 SUNGAI RAMAL 8 SUNGAI TUA 8 TAMAN MEDAN 2 TAMAN TEMPLER 5 TANJONG SEPAT 4 TERATAI 3 JUMLAH 311 Berdasarkan rekod semasa permohonan tertinggi yang telah diluluskan ialah sebanyak 16 kelulusan di dalam satu kawasan DUN dan kelulusan terendah ialah sebanyak sekurangnya 1 kelulusan di dalam satu kawasan DUN. Jumlah keseluruhan kelulusan yang telahpun direkodkan setakat ini ialah sebanyak 311 kelulusan dan akan bertambah lagi dari masa ke semasa berdasarkan permohonan yang masih lagi diterima.
-
Adakah Sejati Madani akan dilaksanakan lagi pada tahun 2025?
Merujuk kepada ucapan YAB Perdana Menteri dalam Belanjawan 2025 pada 18 Oktober 2024, Program Sejati Madani akan diteruskan pada tahun 2025 dengan peruntukan berjumlah RM600 Juta.
Dengan ini, Kerajaan Negeri memohon kerjasama agar wakil Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Persekutuan (JPKKP), Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Persatuan Penduduk yang berdaftar dengan JPPM (berstatus aktif), Komuniti Rumah Panjang, Komuniti Kampung Orang Asli, Komuniti Kampung yang mendapat pengesahan daripada Pejabat Daerah atau agensi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Negeri, atau Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan Bersama (JMC) dan Persatuan Penduduk di Program Perumahan Rakyat (PPR) memohon Program Sejati Madani ini.