Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

31) PEMBANGUNAN TANAH OC 8 BATU ARANG

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan status kini berkenaan pembangunan tanah Kampung Melayu OC8 oleh LPHS kepada pemilik tanah Kampung Melayu OC8 Batu Arang.

    Pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah menerima surat maklum balas daripada Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Gombak bertarikh 22 Julai 2024 berkenaan data / maklumat berkenaan hakmilik persendirian, nombor lot, keluasan serta status terkini berkaitan pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi tujuan Projek East Coast Rail Link (ECRL) yang melibatkan kawasan Perkampungan Melayu O.C.8 dan kawasan yang terlibat dengan talian rentis TNB.

     

    Walau bagaimanapun, setelah meneliti dan membuat perbincangan berkenaan perincian data / maklumat yang diterima, LPHS TIDAK BERHASRAT untuk meneruskan permohonan pemberimilikan tanah berkenaan. Hal ini adalah disebabkan oleh baki keseluruhan pecahan plot yang diterima adalah sukar untuk disediakan pelan susunatur dan dikhuatiri terdapat bebanan yang terpaksa ditanggung serta kos-kos diluar jangka yang tinggi akan diperolehi kelak.

     

    Berdasarkan lawatan tapak yang telah dijalankan ke atas tanah tersebut, mendapati tanah tersebut masih diliputi dengan tanaman kelapa sawit dan tiada kemudahan infrastruktur yang teratur seperti jalan keluar masuk serta lain-lain kemudahan.

     

    Oleh itu, pentadbiran ini telah memberi surat maklum balas kepada PDT Gombak bertarikh 28 Ogos 2024 berkenaan keputusan yang telah diambil oleh pentadbiran ini berikutan kesukaran dalam menyediakan pembangunan yang mampan serta peningkatan kos yang sangat tinggi akan memberi kesan dari segi kebolehlaksanaan projek pembangunan ini dan seterusnya akan menjadikan projek tersebut tidak berdaya maju untuk dibangunkan.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.