Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
30) INDEKS JENAYAH
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah indek jenayah mengikut kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor?
Statistik Jenayah Indeks bagi tempoha Januari – Oktober 2023/2024 mengikut kawasan Pihak Berkuasa Tempatan adalah seperti berikut:
-
Apakah langkah progresif dalam meningkatkan keselamatan di Selangor?
Langkah-langkah progresif pihak PDRM Kontinjen Selangor dalam meningkatkan keselamatan di Selangor adalah dengan:
- Mengadakan kempen keselamatan melalui Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.
- Mengadakan operasi khas ke atas jenayah-jenayah yang dikenalpasti menjadi kegusaran kepada masyarakat iaitu kes samun, ragut dan pecah rumah.
- Mengadakan program bersama agensi luar seperti MCPF dan VTREC untuk program pencegahan jenayah. Contoh agensi VTREC khusus kepada program pencegahan jenayah ke atas kecurian kenderaan.
- Mengadakan operasi bersepadu bersama pihak agensi kerajaan seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan dan juga Pihak Berkuasa Tempatan.
Memberi tumpuan kepada lokaliti yang sering berlaku jenayah dengan meningkatkan rondaan polis dan juga menempatkan anggota polis bagi membendung kejadian jenayah.