Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

27) PROJEK MENAMBAH BAIK INFRASTRUKTUR JALAN RAYA DI DAERAH SELATAN SELANGOR YANG DIBERI OLEH PERMODALAN NEGERI SELANGOR BHD(PNSB) KEPADA IJM CORP BHD DAN LIM SEONG HAI CAPITAL BHD(LSH)

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kos yang terlibat dalam projek ini?

    Bagi mengelakkan sebarang salah faham, tiada projek menambahbaik infrastruktur jalan raya yang diberikan oleh PNSB kepada IJM dan LSH. Sebaliknya, PNSB meneroka satu kerjasama strategik bersama IJM dan LSH yang pakar dalam bidang infrastruktur dan lebuh raya bagi melihat potensi dan keperluan infrastruktur tersebut di dalam Pembangunan IDRISS (Pembangunan Bersepadu Wilayah Selatan Selangor) yang merangkumi lebih 13,000 ekar tanah di Daerah Kuala Langat dan Sepang.

    1. a) Kajian awal sedang dilaksanakan oleh pihak juru perunding termasuk tanah-tanah yang terlibat. Jumlah dan perincian kos akan hanya dapat dikemukakan selepas kajian awal ini selesai dijalankan dan diperhalusi.
  2. Sila senaraikan jalan yang terlibat dengan mengikut daerah, panjang jalan dan kos.

    Kajian awal sedang dilaksanakan oleh pihak juru perunding termasuk tanah-tanah yang terlibat dan jalan-jalan yang terlibat. Senarai jalan, panjang dan perincian kos akan hanya dapat dikemukakan selepas kajian awal ini selesai dijalankan dan diperhalusi.

Lampiran

Tiada Lampiran.