Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

18) ISU PENEROKA KG HAMID TUAH TELOK GONG

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini permohonan peneroka/waris peneroka yang masih belum selesai?

    Yang Berhormat, isu pemberimilikan peneroka/ waris peneroka asal di Kampung Hamid Tuah, Telok Gong adalah melibatkan 233 lot tanah hakmilik yang telah diterokai sejak tahun 1960. Daripada keseluruhan 233 lot yang terlibat, sebanyak 204 orang pemilik asal tanah (iaitu 87.5%) telah bersetuju menyerahkan tanah kepada Kerajaan Negeri dan telah mendapat tanah ganti di Johan Setia. Tanah yang telah diserahkan kepada kerajaan telah diberimilik kepada kumpulan peneroka/ waris peneroka yang telah dikenalpasti bagi tujuan pertanian.

     

    Sehubungan itu, untuk makluman Yang Berhormat masih terdapat berbaki 29 lot tanah hakmilik yang perlu diselesaikan yang melibatkan pelbagai isu yang masih dalam proses penyelesaian di peringkat pejabat tanah iaitu melibatkan pemilik tanah yang masih tidak bersetuju menyerahkan tanah, pemilik asal tidak dapat dikesan, isu pesaka dan isu tapak gantian yang bersesuaian untuk dicadangkan kepada pemilik tanah.

  2. Apakah jaminan Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan isu tersebut?

    Sepertimana Yang Berhormat maklum, isu pemilikan tanah di Kampung Hamid Tuah, Telok Gong ini melibatkan tanah hakmilik iaitu antara pemilik berdaftar dan peneroka asal. Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah Klang sehingga ke hari ini masih menjalankan tugas selaku moderator bagi membantu menyelesaikan masalah tersebut.

    Penyelesaian sepenuhnya bagi isu pemberimilikan tanah ini adalah berdasarkan persetujuan oleh pemilik-pemilik asal tanah yang terlibat dan juga tanah-tanah kerajaan yang semakin terhad untuk ditawarkan sebagai tanah ganti.

    Terdapat pelbagai halangan yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan isu ini antaranya iaitu:-

     

    • pemilik tanah berdaftar enggan untuk menyerahkan tanah;

     

    • pemilik berdaftar yang tidak dapat dikesan serta tidak memberikan kerjasama; dan

     

    • pemilik berdaftar yang tidak bersetuju dengan tanah ganti yang ditawarkan. Tanah-tanah kerajaan yang semakin terhad untuk ditawarkan sebagai tanah ganti merupakan salah satu halangan diturut dihadapi oleh Pentadbir Tanah

Lampiran

Tiada Lampiran.