Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
14) PENYERTAAN BELIA DARI SUDUT PEMBANGUNAN EKONOMI
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk meningkatkan penyertaan belia dalam pembangunan ekonomi?
Soalan (a) dan (c) dijawab bersekali.
Umum mengetahui Kerajaan Negeri Selangor adalah penyumbang terbesar kepada KDNK Malaysia dengan anggaran 25% setiap tahun. Namun, Kerajaan Negeri masih berhadapan dengan cabaran untuk menyeimbangkan jalur ekonomi di antara bandar dan luar bandar. Oleh yang demikian, melalui Rancangan Selangor 1 (RS-1), tumpuan utama adalah penyediaan peluang ekonomi yang menjana pendapatan dan intervensi sosial melalui teknologi semasa. Secara umumnya, Kerajaan Negeri sedang menumpukan kepada pembangunan infrastruktur utama yang melibatkan kawasan luar bandar seperti Pembangunan Carey Selangor, IDRISS, SABDA dan Selangor Aero Park yang pastinya memberi peluang dan menyediakan prospek pekerjaan kepada belia-belia di Negeri Selangor. Bagi jangka pendek, Kerajaan Negeri melalui RS-1 telah menyediakan pelbagai platform pemerkasaan ekonomi. Antaranya adalah;
- Geran Dana Usahawan Mikro Selangor (DUMS)
- Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan
- Pinjaman Mikro Kredit Hijrah Selangor
- Skim Pembiayaan Digitalisasi (GO Digital)
- Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (SIDEC)
- Liga Usahawan OKU Selangor – SAY LEAD
- Liga Usahawan Eksport Selangor – SAY ASPIRE
-
Apakah inisiatif latihan kemahiran untuk belia?
Kerajaan Negeri Selangor sentiasa komited dalam membangunkan kemahiran dan kebolehpasaran anak tempatan dalam bidang pekerjaan. Melalui Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) telah diwujudkan dan ianya mengandungi butiran berikut:
- Menawarkan program-program pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang menekankan ekosistem latihan kemahiran yang berorientasikan industri. Syarat kemasukan bagi program ini juga adalah pada syarat minima iaitu Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (3M) bagi menggalakkan lepasan sekolah/ SPM mengikuti pengajian dalam bidang yang diminati;
- Menawarkan Program Kemahiran Profesional dengan kolaborasi bersama syarikat dan institusi antarabangsa seperti Siemens.Ins, Apple.Inc, FESTO, Dassault Systemes dan Technical University of Munich (TUM). Program ini menjurus kepada permindahan teknologi dengan memberi fokus kepada industri teknologi digital dan pembuatan termaju melalui pembangunan inkubator industri bagi memacu transformasi Revolusi Industri Keempat (IR4.0) dan pendidikan industri.
- Menawarkan bantuan kewangan iaitu Bantuan Yuran Asas Universiti (BAYU) kepada pelajar yang layak mendaftar dan meneruskan pengajian di UIS dan UNISEL dalam pelbagai bidang yang ditawarkan bagi meringankan beban kewangan mereka untuk melanjutkan pengajian.
-
Bagaimana kerajaan menggalakkan belia untuk terlibat dalam keusahawanan?