Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
5) HAL EHWAL SELAIN ISLAM
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan peruntukan LIMAS yang telah diluluskan kepada tokong cina, kuil dan church di DUN Bukit Lanjan bagi tahun 2024 mengikut pecahan jenis agama dan jumlah peruntukan.
Senarai peruntukan yang diluluskan kepada rumah ibadat melalui Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Negeri Selangor (LIMAS) bagi daerah Petaling setakat sehingga 31 Oktober 2024 adalah seperti berikut:
JENIS RUMAH IBADAT 2024 (RM)
TOKONG 916,000.00 KUIL 201,000.00 GEREJA 180,500.00 GURDWARA 19,056.00 JUMLAH (RM) 1,316,556.00 -
Bagaimana Kerajaan Negeri mengagihkan dana peruntukan LIMAS kepada penerima di setiap DUN bagi tahun ini?
Peruntukan Rumah Ibadat bukan Islam diselaras oleh Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Negeri Selangor (LIMAS). Pembahagian peruntukan ini adalah berdasarkan kepada bilangan penganut agama selain Islam berdasarkan kepada data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor.
Pengagihan dana dilaksanakan berdasarkan permohonan melalui Sistem Bantuan Kewangan Lima Agama (Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao) Negeri Selangor. Jumlah kelulusan yang diberikan adalah berdasarkan kertas kerja yang dikemukakan bersama-sama dengan permohonan peruntukan tersebut. Permohonan yang diluluskan akan disalurkan kepada persatuan yang memohon melalui kaedah pemberian cek atau Electronic Funds Transfer (EFT).