Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

425) JUALAN EHSAN RAHMAH (JER)

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pelaksanaan Jualan Ehsan Rahmah (JER) bagi tahun 2024?

    Bagi tahun 2024 setakat Oktober lalu, 873 lokasi telah diadakan Jualan Ehsan Rahmah (JER) dengan menggunakan konsep trak bergerak. JER turut diadakan di Outlet Segi Fresh dan Pasar Raya Ehsan Mart pada setiap hujung minggu iaitu pada hari Sabtu dan Ahad.

  2. Berapakah jumlah subsidi yang telah dibelanjakan untuk Jualan Ehsan Rahmah (JER) setakat ini?

    Berikut pecahan laporan subsidi yang telah dibelanjakan untuk JER setakat Oktober 2024:

  3. Apakah kerajaan bercadang untuk mengembangkan lagi inisiatif Jualan Ehsan Rahmah (JER) ini pada tahun 2025?

    Kerajaan Negeri bercadang untuk meneruskan Jualan Ehsan Rahmah (JER) bagi tahun 2025. PKPS dan Kementerian Perdagangan dan Kos Sara Hidup Negeri Selangor akan terus menjalinkan kerjasama bagi menjayakan program JER dengan penambahan lokasi sebanyak 1560 (1 hari 5 lokasi).

    Selain itu, sebanyak 20 produk baru Ehsan PKPS akan dikeluarkan pada tahun 2025 bagi memenuhi permintaan dan keperluan rakyat dengan harga yang lebih murah dari harga pasaran. Produk ini termasuk produk kering seperti lampin pakai buang kanak-kanak dan dewasa, cecair pencuci dan lain-lain produk asas. Kesemua produk ini boleh dibeli di lokasi Jualan JER

    Bagi menyokong produk usahawan pula pihak PKPS sedang mengenalpasti beberapa produk yang berkualiti dan berpotensi untuk dibawa semasa jualan JER kelak.

    Sebagai tambahan, produk sedia ada di JER kini adalah sebanyak 40 produk di bawah Jenama Ehsan.

Lampiran

Tiada Lampiran.