Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
413) LAMAN NIAGA UNTUK PENJAJA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah PBT mempunyai rancangan untuk menggantikan tapak rekreasi yang telah dimusnahkan bagi menaik taraf Laman Niaga di BSP?
Pihak Majlis tidak memusnahkan tapak rekreasi tersebut sebaliknya dijadikan pusat pemindahan penjaja sementara bagi tujuan menaiktaraf Laman Niaga di BSP.
-
Nyatakan kontraktor yang dilantik serta kos pembinaan Laman Niaga BSP.
Syarikat (J&D Global Enterprise) dan kos sebanyak RM569,400.00.
-
Adakah ada cadangan untuk mewujudkan Laman Niaga baru dalam DUN Semenyih?
Pihak Majlis masih dalam usaha mencari lokasi yang sesuai bagi tujuan pemusatan penjaja.