Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
412) PENGURUSAN SKIM BANTUAN BINGKAS
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimanakah proses Pengurusan Skim BINGKAS dilakukan apabila ramai masyarakat di DUN Dengkil mengadu bahawa permohonan mereka ditolak dan ada juga yang sudah menerima bantuan sebelum ini tetapi dibatalkan. Apakah kriteria yang menjadikan perkara seperti ini berlaku?
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri menetapkan tempoh manfaat BINGKAS adalah selama dua (2) tahun. Selepas tamat tempoh manfaat, penerima perlu membuat permohonan baru. Selain itu, terdapat penerima yang telah menerima bantuan KISS sejak tahun 2018. Oleh itu, Pusat Khidmat Masyakat dan Penyelaras DUN akan menimbang permohonan tersebut mengikut syarat kelayakan yang telah ditetapkan.