Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
410) SISTEM SOALAN SIDANG DUN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Limitasi 40 patah perkataan dalam sistem soalan sidang DUN menyebabkan ketidaktepatan soalan berbanding tujuan sebenar soalan kerana tidak dapat memberikan contoh atau keterangan lanjut. Bolehkah limitasi dipertingkatkan kepada 100 patah perkataan?
Had atau limitasi empat puluh (40) patah perkataan yang digunakan di dalam Sistem Pengurusan Soalan Portal Dewan Negeri Selangor adalah bertepatan dengan maksud seperti mana dinyatakan melalui perihal “Pertanyaan” dan “Kandungan Pertanyaan” pada muka surat 21 hingga 23, Peraturan-Peraturan Tetap Bagi Dewan Negeri 1965. Perkara yang sama juga dilaksanakan melalui Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, Dewan Negara dan kebanyakan dewan-dewan negeri di Malaysia. Harus diingat bahawa pertanyaan-pertanyaan ini adalah berbentuk soalan dan bukan kenyataan atau hujah perbahasan. Justeru, ianya perlulah ringkas dan jelas supaya pihak yang menjawab pertanyaan tahu, faham dan tidak keliru terdapat pertanyaan tersebut. Oleh yang demikian, tidak terdapat sebarang cadangan atau keperluan untuk meminda peraturan ini.