Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
396) PROGRAM PENGURANGAN NRW
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Di bawah Program Pengurangan NRW Kebangsaan, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan geran sepadan berjumlah RM362 juta kepada Air Selangor sehingga tahun 2021. Nyatakan penerimaan geran sepadan dari Kerajaan Persekutuan pada tahun 2022, 2023 dan 2024.
Butiran penerimaan geran sepadan daripada Kerajaan Persekutuan adalah seperti berikut:
- Tahun 2022: Tiada geran diterima berikutan kadar NRW yang tidak mencapai sasaran.
- Tahun 2023: Pencapaian NRW sebanyak 27.7% telah melebihi sasaran 28.5%. Jumlah geran sepadan sedang dalam proses audit oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan masih belum dimuktamadkan.
- Tahun 2024: Pencapaian NRW berbanding dengan sasaran hanya boleh ditentukan selepas akhir tahun 2024. Kadar NRW sehingga September 2024 berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran iaitu 27.39% berbanding sasaran SPAN pada kadar 28.0% dan sasaran tahun 2025 pada kadar 27.5%.