Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

393) APAKAH PRESTASI MEDIA SELANGOR SDN. BHD.

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah prestasi Media Selangor Sdn Bhd untuk tahun 2023 dan 2024 dari segi capaian media?

    Media Selangor Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, ditugaskan untuk membuat liputan berita dan menyebar luas perkembangan pentadbiran Kerajaan Negeri.

    Untuk menjayakan matlamat tersebut, Media Selangor Sdn Bhd mempunyai beberapa format atau platform seperti berikut:

    1. Portal berita empat bahasa dan portal video
    2. Akhbar empat edisi bahasa, dan
    3. Media sosial.

      Selain Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) peringkat DUN, akhbar ini diedar di pejabat pentadbiran, pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT), pasar raya terpilih, stesen minyak terpilih dan acara penting Kerajaan Negeri.

      Jumlah cetakan dikurangkan berperingkat-peringkat bagi memberi tumpuan kepada usaha pendigitalan komunikasi melalui platform portal dan media sosial.

     

  2. Apakah kos yang dibelanjakan oleh Media Selangor Sdn Bhd untuk tahun 2023 dan 2024?

    Media Selangor Sdn. Bhd menerima dua jenis geran daripada Kerajaan Negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor dan Perbendaharaan Negeri Selangor iaitu Geran Mengurus dan Geran Pembangunan bagi menjalankan operasi selaku media rasmi Kerajaan Negeri. Untuk makluman, peruntukan geran Kerajaan Negeri kepada Media Selangor sentiasa dipotong antara 5% hingga 10% setiap tahun. Media Selangor juga telah melaksanakan proses penjimatan secara konsisten dan berjaya mencapai tahap penjimatan mencecah 5% hingga 10% setiap tahun.

    Media Selangor juga telah berusaha menjana pendapatan hasil daripada aktiviti pengiklanan bagi menampung perbelanjaan operasi syarikat. Untuk makluman hasil pendapatan Media Selangor meningkat dari tahun ke tahun. Hasil pendapatan yang direkodkan pada tahun 2023 berjumlah RM2.3 juta manakala sasaran hasil pendapatan bagi tahun 2024 adalah berjumlah RM2.6 juta.

    Berikut merupakan pecahan perbelanjaan Media Selangor bagi tahun 2023 dan 2024:

Lampiran

Tiada Lampiran.