Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

388) AIR PERCUMA SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pemohon dan penerima manfaat Skim Air Percuma Selangor setakat ini?

    Sehingga 30 September 2024, sejumlah 400,559 permohonan Skim Air Darul Ehsan (SADE) telah didaftarkan bermula daripada pelancaran skim tersebut pada 27 September 2019. Daripada jumlah permohonan yang didaftarkan tersebut, sejumlah 366,588 permohonan telah yang diluluskan. Daripada jumlah yang diluluskan, sejumlah 318,917 pemohon adalah penerima SADE yang aktif dan sedang menerima manfaat skim ini setakat 30 September 2024.

    Penerima yang tidak aktif adalah terdiri daripada penerima yang telah memohon penamatan SADE atau akaun bekalan air mereka telah ditamatkan. Manakala permohonan yang gagal adalah terdiri daripada permohonan yang tidak memenuhi syarat dan maklumat kelayakan SADE yang telah ditetapkan.

  2. Berapakah jumlah perbelanjaan Kerajaan Negeri untuk inisiatif ini setakat 2024?

    Jumlah perbelanjaan Kerajaan Negeri untuk inisiatif ini bagi tempoh Januari hingga September 2024 adalah sebanyak RM29,194,204.53 dengan purata sebulan RM3,243,800.50.

Lampiran

Tiada Lampiran.