Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

387) SUMBER TENAGA HIJAU

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan jumlah ladang solar, lokasi dan syarikat di Negeri Selangor.

    Terdapat 10 buah ladang solar di Negeri Selangor dan senarainya adalah seperti berikut:

  2. Apakah insentif diberi peladang untuk membuka dan memaju ladang solar?

    Kerajaan Negeri tidak menyediakan sebarang insentif kepada pihak pengusaha bagi memajukan pembangunan ladang solar. Walau bagaimanapun, pengusaha, pelabur dan pemaju boleh mengambil peluang daripada tawaran Kerajaan Persekutuan melalui Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia yang telah menyediakan beberapa insentif penggalakkan pemasangan solar seperti berikut:

    1. Insentif Elaun Cukai Pelaburan Hijau (GITA) dan Pengecualian Cukai Pendapatan Hijau (GITE);
    2. Skim Pembiayaan Teknologi Hijau yang bertujuan untuk membiayai pelaburan teknologi hijau sehingga tempoh 15 tahun;
    3. Dana Mudah Cara Peralihan Tenaga Negara yang memperuntukkan sebanyak RM300 juta di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

    Bagi menggalakkan penggunaan tenaga hijau, Kerajaan Negeri boleh boleh mempertimbangkan kaedah pelaksanaan seperti berikut:

    • Menawarkan opsyen pembekalan elektrik kepada pengguna korporat melalui konsep Akses Pihak Ketiga
      – Pelaksanaan program ini memberi tumpuan kepada pembangunan ladang solar dengan menyediakan opsyen pembekalan elektrik yang lebih luas kepada pengguna korporat bagi memenuhi komitmen Environmental, Social and Governance (ESG) dalam aspek penggunaan bekalan elektrik hijau melalui konsep Akses Pihak Ketiga.
    • Menyediakan geran dan subsidi projek solar
      – Menawarkan geran atau subsidi yang boleh digunakan untuk menampung sebahagian kos pemasangan ladang solar. Dengan geran atau subsidi ini, kos awal yang tinggi dapat dikurangkan, membolehkan pemaju melabur dalam teknologi dan peralatan solar. Rundingan dan perjanjian dengan Kerajaan Negeri perlu disediakan bagi memastikan pulangan hasil yang lebih saksama.
      Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) boleh memberikan pengecualian atau pengurangan kepada pihak pengusaha bagi mengurangkan kos pemasangan tersebut.
    • Memperkenalkan sistem kredit karbon
      – Kaedah ini akan memberi ganjaran kepada pemaju berdasarkan jumlah karbon yang dikurangkan melalui penggunaan ladang solar. Pemaju boleh menjual kredit ini kepada syarikat yang perlu mematuhi peraturan karbon, menjadikannya satu sumber pendapatan tambahan.
  3. Sila nyatakan manfaat kepada kerajaan melalui kemajuan ladang solar.

    Kemajuan ladang solar memberikan banyak manfaat kepada kerajaan negeri, terutama dalam aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar. Antara manfaat yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri seperti berikut:

    • Sumber Tenaga Boleh Baharu

    Ladang solar menyumbang kepada pengurangan kebergantungan terhadap bahan api fosil yang akan memberi kesan tidak baik kepada alam sekitar. Justeru, Kerajaan Negeri dapat mencapai sasaran pengurangan pelepasan karbon dan menambah baik kualiti udara, sekali gus mengurangkan kesan perubahan iklim.

    • Peningkatan Kestabilan Tenaga

    Ladang solar membantu meningkatkan kestabilan bekalan tenaga dengan menyediakan sumber tenaga alternatif secara berterusan. Dengan penggunaan tenaga boleh diperbaharui, Kerajaan Negeri dapat menyediakan bekalan tenaga alternatif dan secara tidak langsung mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil.

    • Peluang Pekerjaan

    Pembinaan dan pengoperasian ladang solar membuka peluang pekerjaan dalam sektor pembinaan, kejuruteraan, penyelenggaraan dan teknologi hijau. Ini memberi peluang pekerjaan kepada golongan belia dan profesional di sektor tenaga boleh baharu serta meningkatkan pendapatan Kerajaan Negari khasnya.

    • Memperkenalkan Peluang Pelaburan yang Menarik

    Projek ladang solar mencipta peluang pelaburan baharu dalam tenaga hijau dan berpotensi meningkatkan hasil ekonomi Negeri Selangor.

    • Kelestarian Alam Sekitar

    Ladang solar membantu mengurangkan kesan terhadap alam sekitar berbanding dengan penggunaan tenaga dari sumber fosil. Pelepasan gas rumah hijau dan pencemaran yang dihasilkan oleh sektor-sektor seperti sektor perkilangan dan pengangkutan boleh memberikan kesan yang negatif kepada tahap kesihatan masyarakat dan alam sekitar.

Lampiran

Tiada Lampiran.