Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
386) INTERNET JALUR LEBAR LUAR BANDAR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menambah capaian intenet jalur lebar di kawasan luar bandar di negeri ini?
Soalan a dan b dijawab bersekali.
Melalui Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), Kerajaan Negeri Selangor bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk memperluaskan capaian dan meningkatkan kualiti internet. Sehingga 30 September 2024, sebanyak 528 daripada 541 menara yang dirancang telah siap dibina untuk menyokong perkhidmatan jalur lebar mudah alih di Selangor. Di samping itu, sebanyak 824,960 premis kini dilengkapi dengan gentian optik berkeupayaan gigabit, dengan sasaran mencapai 100% liputan di kawasan berpenduduk menjelang 2025.
Projek Point of Presence (PoP)
Projek Point of Presence (PoP) oleh Kementerian Komunikasi bertujuan untuk menyediakan infrastruktur jalur lebar melalui hab gentian optik, terutama di kawasan sekolah dan kawasan yang berpenduduk. Di Selangor, daripada 226 PoP yang dirancang, 174 telah disiapkan setakat 6 November 2024, membolehkan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi dinikmati oleh rakyat di kawasan ini.
Liputan 5G
Negeri Selangor telah mencapai liputan 5G sebanyak 96.3% di kawasan berpenduduk dengan 1,720 tapak pemancar 5G siap dibina daripada 1,840 tapak yang dirancang. Pelaksanaan ini bertujuan memastikan keberkesanan capaian dan memberikan impak positif kepada rakyat.
Pelan Pelaksanaan Infrastruktur Digital
Smartsel Sdn Bhd (SMARTSEL), sebagai anak syarikat Kerajaan Negeri, sedang membangunkan pelan infrastruktur digital baharu untuk mengkaji keperluan infrastruktur di Selangor, terutama di kawasan luar bandar. Pelan ini bertujuan untuk mengatasi isu blind spots dan memastikan lebih banyak kawasan menikmati sambungan internet yang stabil dan berkualiti.
Pusat Smart Desa
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) Selangor telah melaksanakan inisiatif Pusat Smart Desa di kawasan luar bandar seperti Balai Raya Kampung Sri Taman Baru, Ampang. Pusat-pusat ini dilengkapi dengan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan 800Mbps yang disediakan oleh SMARTSEL dan kemudahan digital untuk menyokong aktiviti sosial, ekonomi, dan pendidikan komuniti setempat.
Projek Menaik Taraf Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)
SMARTSEL turut terlibat dalam menaik taraf Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) di kawasan luar bandar dengan menyediakan perkhidmatan Direct Internet Access berkelajuan 100Mbps dengan khidmat sokongan yang dijamin. Setakat ini, 15 perpustakaan telah dinaik taraf dengan internet fiber untuk memudahkan capaian internet yang lebih baik kepada masyarakat.
Model Baharu WiFi Smart Selangor
Kerajaan Negeri telah meluluskan pelan penyahaktifan 1,470 access points (AP) WiFi Smart Selangor mulai 1 Jun 2024 untuk memberi peluang kepada SMARTSEL menilai semula pelaksanaan WiFi Percuma Selangor, dengan fokus untuk meningkatkan capaian dan kualiti perkhidmatan. Cadangan pelaksanaan WSS baharu akan memberi keutamaan kepada:
- Peningkatan Kelajuan di kawasan berimpak tinggi seperti kawasan padat penduduk dan lokasi sosio-ekonomi.
- Pemilihan Kawasan Utama dalam setiap DUN yang menyokong ekonomi digital dan tele-kesihatan.
- Integrasi Modul Pendaftaran melalui aplikasi Tunggal Selangor untuk akses lebih mesra pengguna.
- Landing Page bersepadu dengan platform agensi Kerajaan Negeri untuk kemudahan pengguna.
- Capaian di Kawasan Tanpa Gentian Optik melalui rangkaian mudah alih yang stabil
-
Nyatakan inisiatif internet jalur lebar yang ditawarkan untuk rakyat Selangor ketika ini.