Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
385) KEBANJIRAN WARGA ASING
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan kerajaan mengatasi kebanjiran warga asing di Selangor khususnya di kawasan DUN Sungai Kandis?
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Selangor sentiasa memberi perhatian serius berhubung isu kebanjiran warga asing terutamanya Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di kawasan DUN Sungai Kandis. Di peringkat JIM Negeri Selangor, tindakan penguatkuasaan yang berterusan sentiasa dilaksanakan berdasarkan aduan-aduan awam yang telah diterima bagi menangani isu kebanjiran warga asing ini.
JIM Negeri Selangor sentiasa memberikan kerjasama dan menyokong segala tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam menangani isu kebanjiran warga asing terutama yang melibatkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
-
Berapakah anggaran kos yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri bagi setiap operasi membenteras warga asing?
Setiap operasi yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Selangor menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan. Oleh yang demikian, setakat ini kos operasi ke atas warga asing tiada melibatkan sebarang peruntukan daripada Kerajaan Negeri.
-
Apakah kos penghantaran balik semula warga asing ditanggung Kerajaan Negeri?
Tidak. Setiap warga asing yang telah ditangkap dan telah disabitkan dengan kesalahan di bawah undang-undang di Malaysia akan ditempatkan sementara di Depot Imigresen sehingga mendapat Perintah Tahan dan Perintah Pindah di bawah Seksyen 34 Akta Imigresen.
Setelah mendapat arahan pemindahan, proses penghantaran tahanan ke negara asal akan dilakukan samada dengan menggunakan pengakutan melalui udara, laut ataupun darat mengikut lokasi negara asal tahanan tersebut. Kos pembiayaan tambang pengangkutan untuk pulang adalah ditanggung tahanan sendiri atau saudara/kenalan mereka atau melalui kedutaan/perwakilan asing negara asal tahanan tersebut.
Jabatan Imigresen Malaysia juga menjalinkan hubungan kerjasama dengan kedutaan/perwakilan asing bagi mempercepatkan pemindahan tahanan secara cost sharing, iaitu menggunakan kos kerajaan negara berkaitan dan menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan. Oleh yang demikian, setakat ini kos pemindahan tahanan warga asing tiada melibatkan sebarang peruntukan kerajaan negeri.