Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

379) TAPAK GANTIAN GELANGGANG FUTSAL KAMPONG CHODOI

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status tapak gantian gelanggang futsal di Kampung Chodoi?

    Tapak gelanggang futsal sedia ada dan padang awam berhampiran adalah merupakan tanah yang telah dikhususkan untuk tujuan pembanguan SJK(C). Tapak sekolah ini telah diwartakan sebagai SJK(C) Tiong Nam Pekan Chodoi Sek. 1. No. Warta : WKNS No. 1448 / 27.04.2017. Gelanggang futsal yang berada dalam pembangunan SJK(C) Tiong Nam telah dicadang dipindahkan ke belakang padang awam yang terletak bersebelahan dengan pembangunan SJK(C) Tiong Nam.

  2. Berapakah peruntukan yang disediakan untuk pembinaan gelanggang futsal tersebut?

    Kos pembinaan padang futsal terbuka berserta laluan masuk dianggarkan berjumlah RM500,000.00. Buat masa ini tiada peruntukan yang telah diperolehi bagi tujuan tersebut dan permohonan peruntukan bagi tujuan tersebut akan diusahakan dalam tahun 2025.

  3. Bilakah gelanggang futsal ini akan dibina?

    Anggaran tempoh pelaksanaan projek adalah selama 8 minggu. Oleh itu, projek dijangka dapat disiapkan dalam masa 5 bulan dari kelulusan peruntukan diperoleh.

Lampiran

Tiada Lampiran.