Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

375) KOMPLEKS SUKAN DI DENGKIL

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dengkil memerlukan fasiliti sukan yang besar seperti Kompleks Sukan di Puchong dan Bandar Baru Salak Tinggi. Keperluan seperti padang bola, padang turf (hoki), kolam renang, dewan badminton sangat diperlukan. Apakah usaha kerajaan untuk memastikan kompleks sukan terbina di Dengkil?

    Berdasarkan semakan MPSepang terdapat tanah kerajaan berkeluasan 3.82 ekar yang telah diwartakan sebagai Kompleks Komuniti dengan no. warta WKNS 2963 pada 19 November 2020 dan dalam kajian semula di peringkat MPSepang keperluan bagi pembangunan kemudahan tersebut.

    Untuk makluman, terdapat 14 kemudahan sukan sedia ada yang telah dibangunkan di bawah pentadbiran MPSepang dalam Kawasan DUN Dengkil iaitu 10 Dewan Orang Ramai yang dilengkapi dengan gelanggang badminton dan untuk kegunaan sukan “indoor” dan juga 4 padang awam untuk kegunaan sukan “outdoor”.

    Fasiliti/ kemudahan sukan yang disediakan oleh MPSepang dalam Kawasan DUN Dengkil adalah seperti berikut:

Lampiran

Tiada Lampiran.