Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
373) PERUMAHAN AGAK KRITIKAL DI MANA RATA-RATA PENDUDUK SUNGAI BURONG ADALAH BERPENDAPATAN RENDAH / SEDERHANA, TIDAK MAMPU MEMBELI RUMAH DI PASARAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah lot tanah milik agensi boleh dibangunkan oleh syarikat perumahan Kerajaan Negeri bagi pembinaan rumah kos rendah untuk golongan ini?
Untuk makluman Yang Berhormat, tanah-tanah milik agensi seperti tanah milik Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kumpulan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. (KHSSB), Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dan lain-lain agensi Kerajaan Negeri yang lain boleh dibangunkan dengan penyediaan rumah mampu milik seperti Rumah Selangorku, namun ianya tertakluk kepada Zoning yang diwartakan melalui Rancangan Tempatan (RT) mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing serta berdasarkan kepada dasar dan syarat-syarat yang ditetapkan.
Sekiranya tanah ini telah diwartakan bagi tujuan kemudahan awam / utiliti, agak sukar untuk dibina perumahan mampu milik kerana melibatkan prosedur-prosedur tertentu/ rumit termasuk proses pembatalan pewartaan dan pindaan Zoning serta mengambil masa yang agak panjang.
-
Dalam jawapan soalan lalu, terdapat lot tanah milikan SYABAS yang terbiar tanpa manfaat, bolehkah tanah ini dimanfaatkan untuk tujuan ini?
Terdapat dua (2) Kuarters Teres dan lapan (8) Kuarters Bertingkat dengan jumlah keseluruhan 10 unit kuarters di Jalan Sg Kajang, Tanjung Karang. Kesemua unit kuarters tersebut berstatus ‘kosong’ yang bermaksud kuarters ini tidak didiami sejak dari tahun 2006. Kuarters tersebut berada dalam keadaan usang dan mengalami kerosakan yang kritikal khususnya pada struktur fizikal dan tidak selamat untuk diduduki.
Setelah diteliti, kos pembaikan bagi kuarters ini boleh melibatkan perbelanjaan yang tinggi dengan mengambil kira kerosakan yang kritikal sekiranya terdapat perancangan untuk kuarters ini didiami semula.
Kuarters ini merupakan sebahagian aset Air Selangor dan akan digunakan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.
Pada 2011, pihak SYABAS sudah memaklumkan kepada pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bagi penyerahan semula kuarters ini kepada pihak SUK. Sehingga kini, tiada sebarang keputusan dan penyelesaian bagi status cadangan penyerahan semula kuarters ini daripada komunikasi terakhir surat rasmi daripada pihak SUK melalui surat bertarikh 11 Mei 2012 yang menyatakan permohonan penyerahan semula kuarters ini masih dalam tempoh pertimbangan.