Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

371) PENYELARAS HAL EHWAL WARGA EMAS

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Memandangkan Selangor akan menghadapi cabaran masyarakat menua tidak lama lagi, adakah kerajaan berhasrat untuk menubuhkan jawatan penyelaras hal ehwal warga emas seperti PWB yang memberi tumpuan kepada golongan wanita?

    Buat masa ini tiada perancangan untuk menubuhkan jawatan penyelaras hal ehwal warga emas seperti PWB yang memberi tumpuan kepada golongan wanita.

    Namun, cadangan ini boleh dipertimbangkan dan diteliti oleh Kerajaan Negeri untuk perancangan di masa akan datang.

    Untuk makluman, Kerajaan Negeri kini dalam perancangan untuk membangunkan rangka kerja dasar warga emas Negeri Selangor.

    Kajian penyelidikan rangka kerja dasar ini dijangka akan bermula tahun 2025 dan objektif kajian ini adalah seperti berikut:

    1. Mengenal pasti dan memahami keperluan kesihatan, sosial, dan ekonomi yang tidak dipenuhi di kalangan warga emas di Selangor.
    2. Mengenal pasti perkhidmatan dan inisiatif sedia ada dijalankan mengikut keperluan kesihatan, sosial, dan ekonomi warga emas di Selangor.
    3. Memetakan dengan berkesan jurang antara keperluan yang tidak dipenuhi dengan perkhidmatan yang tersedia.
    4. Meneroka penyelesaian/strategi yang berpotensi berdasarkan kepada isu-isu yang telah dikenalpasti.
    5. Melaksanakan projek perintis berdasarkan cadangan penyelesaian yang digariskan.
    6. Membangunkan rangka kerja untuk dasar inklusif bagi warga emas di Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.