Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
369) PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN KEPADA NELAYAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimanakah teknologi moden nelayan mempengaruhi peningkatan pendapatan nelayan?
Penggunaan teknologi moden dan peralatan moden dapat membantu mengurangkan kos operasi, menjimatkan masa dan meningkatkan hasil tangkapan. Ini secara tidak langsung dapat menambah pendapatan para nelayan secara amnya. Sebagai contoh teknologi yang digunakan ialah :
- Teknologi Fish Finder / GPS ( Global Positioning System)
Teknologi ini telah diperkenalkan kepada para nelayan bagi meningkatkan hasil pendapatan kerana alat GPS ini membantu mengesan kedudukan ikan dan lubuk ikan di dasar lautan. Secara tidak langsung hasil tangkapan ikan akan meningkat dan menambah pendapatan para nelayan. Pada tahun 2023 satu tinjauan kepada para nelayan yang telah menggunakan teknologi GPS yang dibekalkan kepada para nelayan mendapati hasil pendapatan meningkat secara purata antara 20% – 30%.
Penyaluran peruntukan bagi penggunaan fish finder/ GPS :
- Bantuan Peningkatan Enjin Bot dan Sampan
Kerajaan memberi bantuan menaiktaraf enjin bot nelayan dan juga sampan kepada para nelayan dalam meningkatkan kebolehupayaan dan kapasiti nelayan untuk menjalankan aktiviti penangkapan ikan.
-
Apakah tindakan jangka pendek dan jangka panjang kepada nelayan pesisir pantai agar nelayan dapat menggunakannya?
Nelayan pesisir pantai kebanyakan adalah nelayan yang menggunakan peralatan tradisional dalam menjalankan aktiviti perikanan. Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan LKIM dalam usaha meningkatkan penggunaan teknologi moden di kalangan nelayan pesisir pantai telah membuat beberapa program bagi jangka masa pendek dan jangka masa panjang antaranya adalah seperti yang berikut :
-
Nyatakan strategi Kerajaan Negeri bagi merealisasikannya.
Strategi yang dirancang oleh kerajaan dalam merealisasikan usaha ini ialah seperti berikut :
- Menyediakan peruntukan bagi membantu nelayan menaiktaraf peralatan penangkapan ikan; dan,
- Menyediakan kemudahan dana kepada para pengusaha bot untuk meningkatkan keupayaaan kapasiti bot sedia ada di pesisir kepada bot enjin yang lebih berkuasa bagi kebolehupayaan tangkapan ikan yang lebih luas