Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

355) TANAH PERKUBURAN

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah terdapat tanah yang digazetkan untuk perkuburan Islam di zon tengah Selangor yang padat dengan penduduk?

    Ya, Tanah Perkuburan Islam, Jalan Abdul Manan, Aman Perdana telah diwartakan seluas 63 ekar dan Tanah Perkuburan Johan Setia seluas 50 ekar.

  2. Adakah apa-apa tindakan kerajaan untuk mengenal pasti dan mengganti keluasan tanah perkuburan di Kampung Sungai Sireh Selat Klang yang telah diambil untuk pembinaan ECRL?

    Pihak ECRL akan menggantikan tapak perkuburan seluas 5 ekar di kawasan berhampiran tapak perkuburan sedia ada.

Lampiran

Tiada Lampiran.