Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

354) PEMBINAAN SIMPANG EMPAT BERHADAPAN MASJID AL-HUDA, PAYA JARAS

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah projek simpang empat berhadapan masjid ini akan mula dilaksanakan?

    Status projek Menaiktaraf Jalan di Simpang Tiga Jalan Rahidin berdekatan Masjid Al-Huda, Kg. Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor adalah di peringkat memuktamadkan rekabentuk dan dijangka tender pada September 2025.

  2. Berapakah anggaran kos pelaksanaan projek ini?

    Kos siling projek yang diluluskan adalah RM 22,400,000.00.

  3. Bilakah projek ini dijangka dapat disiapkan sepenuhnya?

    Projek dijangka siap pada tahun 2028.

Lampiran

Tiada Lampiran.