Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
349) MASALAH BANJIR KILAT DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri menangani masalah banjir kilat di Selangor?
Untuk makluman Yang Berhormat, banjir kilat adalah banjir yang disebabkan oleh intensiti hujan yang tinggi dan berlaku setempat hingga mengakibatkan kenaikan dan penurunan air dalam masa yang singkat (kurang daripada enam jam). Kebanyakan kejadian banjir kilat berlaku di kawasan perbandaran (di mana melibatkan sistem perparitan dalaman) disebabkan oleh masalah perparitan lalu menyebabkan air larian permukaan tidak dapat mengalir dengan lancar ke kolam tadahan/ sungai.
Untuk makluman, sistem perparitan dalaman adalah di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Bagaimanapun, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor mengambil pendekatan komprehensif menangani masalah banjir kilat melalui pendekatan seperti berikut:-
- Pelaksanaan Projek Infrastruktur Saliran: Menaiktaraf sistem saliran, kolam takungan dan sungai bagi meningkatkan kapasiti tadahan dan mencegah limpahan yang menyebabkan banjir kilat.
- Penggunaan Kolam Takungan Banjir dan Kolam Tadahan: Mewujudkan lebih banyak kolam takungan banjir di kawasan berisiko tinggi dan mengekalkan kolam tadahan sebagai ruang simpanan air semasa hujan lebat. Kolam ini membantu mengurangkan tekanan aliran air ke dalam sistem saliran.
- Program Pengurusan Air Hujan di Kawasan Pembangunan: Menetapkan pematuhan syarat/ keperluan MSMA ke atas setiap projek pembangunan seperti pembinaan kolam takungan berpusat dan sistem takungan bawah tanah (On-Site Detention Tank – OSD Tank) bagi mengawal larian air di kawasan pemajuan.
- Penguatkuasaan Undang-Undang dan Peraturan: Melaksanakan penguatkuasaan terhadap aktiviti pembangunan tanpa kawalan yang menyumbang kepada banjir kilat dan banjir lumpur menerusi Program Ops Lumpur.
-
Apakah projek mitigasi banjir yang telah dimulakan?
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM9,984,548.56 bagi pelaksanaan dua (2) projek mitigasi banjir di dalam DUN Pelabuhan Klang. Projek mitigasi banjir yang telah dimulakan adalah seperti berikut:-
-
Bagaimanakah keberkesanan sistem saliran sedia ada dinilai?
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor mengambil langkah-langkah seperti berikut bagi menilai keberkesanan sistem saliran sedia ada:-
- Pemantauan Berkala: Melaksanakan pemantauan berkala terhadap aliran air di longkang, parit, dan saliran utama untuk mengesan sebarang tanda penyumbatan atau kelemahan dalam sistem saliran.
- Penilaian Kapasiti Sistem Saliran: Mengkaji kapasiti sistem saliran sedia ada untuk menampung jumlah air semasa hujan lebat dan memastikan ia mampu mengalirkan air dengan cekap.
- Pemeriksaan Struktur dan Kemudahan Saliran: Memastikan struktur saliran seperti longkang dan kolam takungan berada dalam keadaan baik dan bebas daripada kerosakan yang boleh menjejaskan keberkesanan aliran air.
- Permodelan Analisis Hidraulik dan Hidrologi: Melaksanakan kajian dan simulasi hidraulik dan hidrologi untuk menguji keberkesanan sistem saliran sedia ada dan mengenal pasti sebarang kawasan yang mungkin terdedah kepada risiko banjir kilat.