Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
345) ILTIZAM PENDIDIKAN SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa lamakah tempoh masa permohonan bagi biasiswa khas di bawah inisiatif Iltizam Pendidikan Selangor?
Program pendidikan di bawah Iltizam Selangor Penyayang menawarkan pembiayaan pendidikan kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi yang layak melalui Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara (PBUDN) serta Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT). Secara amalannya, PBUDN akan dibuka sebanyak dua kali setahun manakala HPIPT sebanyak sekali setahun. Permohonan bagi setiap program pembiayaan pendidikan dibuka dalam tempoh sebulan bagi memberi peluang kepada pemohon melengkapkan dokumen diperlukan.
-
Berapakah jumlah penerima manfaat daripada inisiatif ini mengikut daerah?
Berikut adalah penerima manfaat bagi program PBUDN dan HPIPT di bawah Iltizam Selangor Penyayang mengikut daerah pada tahun 2024. (Sehingga Oktober 2024)