Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

328) WEBSITE BAGI SEMUA PROGRAM ILTIZAM SELANGOR PENYAYANG

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah website yang akan menggantikan laman SSIPR untuk memudahkan warga Selangor untuk menyemak semua inisiatif Kerajaan Selangor dan mengemukakan pemohonan?

    Soalan a dan b dijawab bersekali.

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Seri Kembangan, buat masa ini laman sesawang Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) masih lagi beroperasi dan boleh digunakan untuk rakyat Selangor membuat permohonan, semakan dan rujukan terhadap beberapa program Iltizam Selangor Penyayang (ISP) seperti Skim Air Darul Ehsan (SADE) dan Bantuan Sekolah Selangor.

    Kini Kerajaan Negeri sedang dalam tindakan menaik taraf Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) sedia ada kepada sistem bersepadu inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang berfungsi sebagai platform kepada rakyat Selangor membuat permohonan, pendaftaran dan semakan program-program Iltizam Selangor Penyayang (ISP). Selain itu, sistem ini juga berperanan sebagai gerbang informasi atau medium hebahan bagi memaparkan semua program ISP yang terdiri daripada enam (6) kluster iltizam.

    Menerusi sistem ini, rakyat Selangor boleh membuat permohonan terus di dalam laman sesawang berkenaan sekiranya memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan selaras dengan objektif naik taraf sistem ini yang memfokuskan untuk membantu masyarakat berpendapatan rendah tanpa mengira kaum, bangsa dan fahaman politik dalam memenuhi keperluan dan sara hidup yang semakin mencabar. Secara keseluruhannya, sistem ini dijangka boleh digunakan oleh rakyat Selangor pada suku ke empat tahun 2026.

  2. Sekiranya ada website atau aplikasi berfungsi sedemikian, adakah website tersebut telah merangkumi semua inisiatif ataupun hanya sebahagian sahaja?

    Soalan a dan b dijawab bersekali.

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Seri Kembangan, buat masa ini laman sesawang Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) masih lagi beroperasi dan boleh digunakan untuk rakyat Selangor membuat permohonan, semakan dan rujukan terhadap beberapa program Iltizam Selangor Penyayang (ISP) seperti Skim Air Darul Ehsan (SADE) dan Bantuan Sekolah Selangor.

    Kini Kerajaan Negeri sedang dalam tindakan menaik taraf Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) sedia ada kepada sistem bersepadu inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang berfungsi sebagai platform kepada rakyat Selangor membuat permohonan, pendaftaran dan semakan program-program Iltizam Selangor Penyayang (ISP). Selain itu, sistem ini juga berperanan sebagai gerbang informasi atau medium hebahan bagi memaparkan semua program ISP yang terdiri daripada enam (6) kluster iltizam.

    Menerusi sistem ini, rakyat Selangor boleh membuat permohonan terus di dalam laman sesawang berkenaan sekiranya memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan selaras dengan objektif naik taraf sistem ini yang memfokuskan untuk membantu masyarakat berpendapatan rendah tanpa mengira kaum, bangsa dan fahaman politik dalam memenuhi keperluan dan sara hidup yang semakin mencabar. Secara keseluruhannya, sistem ini dijangka boleh digunakan oleh rakyat Selangor pada suku ke empat tahun 2026.

Lampiran

Tiada Lampiran.