Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
324) PELABURAN PUSAT DATA DAN PERKHIDMATAN AWAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah persediaan kerajaan untuk menyambut pelaburan pusat data dan perkhidmatan awan dari segi infrastruktur khususnya penggunaan tenaga?
Antara persediaan Kerajaan untuk menyambut pelaburan pusat data dan perkhidmatan awan dari segi infrastruktur khususnya penggunaan tenaga seperti berikut;-
- Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor telah mengadakan perbincangan kumpulan sasar atau ‘focus group discussion’ bagi mengkaji tentang pelaburan pusat data dan perkhidmatan awan yang menyentuh berkenaan ketersediaan infrastruktur.
- Hasil perbincangan yang turut disertai oleh TNB dan Air Selangor menyimpulkan bahawa Selangor mempunyai bekalan air dan tenaga yang mencukupi bagi menampung keperluan operator pusat data bagi tempoh 10 – 15 tahun akan datang
-
Apakah inisiatif kerajaan untuk meningkatkan keberkesanan "govtech" melalui teknologi yang dibawa oleh gergasi industri?
Antara inisiatif yang dilaksanakan dalam usaha mempertingkatkan keberkesanan perkhidmatan awam di Selangor melalui penggunaan teknologi, Kerajaan Negeri telah mewujudkan Pusat Operasi Bencana Daerah / District Disaster Operation Centre (DDOC) dimana pusat ini dihubungkan dengan Smart Selangor Operation Centre di SUK. DDOC berfungsi sebagai operasi pemantauan di peringkat Daerah, mengumpul dan mengurus data bencana di Negeri Selangor. ia juga menyelaras maklumat dengan SSOC (Bilik Gerakan Negeri), merangkumi data bencana, rentas sempadan daerah, serta koordinasi agensi dan jabatan peringkat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN). Melalui pelaksanaan inisiatif ini, ianya secara langsung dapat meningkatkan kecekapan pengurusan bencana di peringkat daerah dan negeri serta dijadikan model untuk negeri – negeri lain.
-
Nyatakan peluang pekerjaan yang bakal wujud bagi mahasiswa tempatan.
Kategori peluang pekerjaan yang dicipta oleh operator pusat data berbeza antara satu sama lain. Antara jenis pekerjaan umum yang boleh diwujudkan melalui pembangunan pusat data seperti;-
- Pengurus Operasi Pusat Data / Data Center Operations Manager.
- Jurutera DevOps / DevOps Engineer.
- Pengurus Fasiliti / Facilities Manager.
- Pengurus Projek / Project Manager.
- Jurutera Awan / Cloud Engineer.
- Jurutera Rangkaian / Network Engineer.
- Jurutera Penyelidikan & Pembangunan / Research & Development Engineer.