Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

323) PENGANGGURAN BELIA

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah nilai pengangguran belia di Negeri Selangor dari tahun 2020 hingga 2024?

    Berdasarkan data Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran belia berumur 15 hingga 30 tahun bagi tahun 2020 adalah seramal 497,200 orang dengan kadar peratusan 8.7%. Kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 80 tahun bagi tempoh sehingga Jun tahun 2024 menunjukkan penurunan sebanyak 2.2% kepada 6.5%, dengan bilangan belia yang menganggur sebanyak 434,200 orang pada bulan Jun 2024.

  2. Apakah langkah yang telah diambil untuk mengurangkan nilai pengangguran belia?

    Jabatan Bella dan Sukan Negeri Selangor telah melaksanakan program bagi peluang dan penciptaan pekerjaan serta menjana pendapatan belia melalui program seperti berikut :

    • Program Rakan Mahir ‘Skill for life @ Parlimen’ – Pelaksanaan program Skills for Life @ Parlimen menawarkan peluang latihan kemahiran asas menerusi kursus jangka pendek kepada belia berumur antara 15 hingga 30 tahun.
    • Program Rakan Muzik ‘Rentak Seni’ – Program ini merupakan platform belia menonjolkan bakat dan kreativiti dalam bidang muzik dan secara tidak langsung program ini dapat menjana ekonomi tenaga pengajar di lokaliti setempat serta melahirkan tenaga pengajar muda, influencer atau content creator.
    • Program Genta Bella – Program Genta Belia Peringkat Zon 2024 merupakan program kesinambungan Jelajah Genta Belia tahun 2023 yang telah dilaksanakan di semua negeri. Program ini memberi pendedahan berkaltan inisiatif pemerkasaan ekonomi kepada belia, peluang dan penciptaan pekerjaan dan menggalakan kegiatan ekonomi yang positif dalam kalangan bella sebagai usaha mengurangkan kos sara hidup dan kemajuan serta kesejahteraan sosioekonomi.

Lampiran

Tiada Lampiran.