Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
322) PENGLIBATAN ORANG ISLAM DALAM GERAKAN SEKULARISME / LIBERALISME / SOSIALISME DAN GERAKAN LGBT
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membuat fatwa mengenai penglibatan orang Islam dalam gerakan sekularisme / liberalisme / sosialisme dan gerakan LGBT sebagaimana tindakan kerajaan terhadap GISB?
Kerajaan Negeri telah memfatwakan dan mewartakan fatwa berkaitan liberalisme dan pluralisme pada 31 Julai 2014, manakala fatwa berkaitan gerakan LGBT setakat ini Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah memutuskan Fatwa Berkenaan Mukhannath Menurut Fiqh dan Perubatan Serta Kaitannya dengan Transgender dan ia dalam proses untuk diwartakan pada tahun 2025. Fatwa yang telah diwartakan akan mengikat setiap individu yang mengamalkan dan menyebarkannya.