Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
317) PROJEK TEBATAN BANJIR DI KAWASAN KUALA LANGAT DAN DUN SIJANGKANG
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status prestasi projek-projek Tebatan Banjir di kawasan Kuala Langat dan DUN Sijangkang?
Untuk makluman Yang Berhormat, status prestasi projek-projek tebatan banjir di kawasan Kuala Langat dan DUN Sijangkang adalah seperti Berikut:
-
Kenapakah kawasan hotspot banjir di Taman Sri Jaromas, Jenjarom masih belum dapat diatasi?
Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor telah melaksanakan kerja-kerja berkala penyelenggaraan kolam Taman Seri Jaromas dan turut menempatkan dua (2) unit pam bergerak berkapasiti 5 cusec dan 10 cusec di outlet kolam bagi membantu mengurangkan risiko banjir. Untuk makluman juga, sistem saliran dalaman taman yang berada di bawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan perlu dinaiktaraf untuk jangka masa panjang bagi menangani isu banjir di Taman Seri Jaromas.