Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

315) KEBUDAYAAN WARISAN KAUM

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi @ Azmi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha pihak kerajaan untuk memperkembangkan kebudayaan kaum yang unik di dalam Negeri Selangor? Bagaimana Kerajaan Negeri menjaga warisan budaya kaum dan etinik yang berada di dalam Negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri Selangor adalah komited melaksanakan pelbagai inisiatif dalam memelihara dan mempromosikan budaya dan warisan di Negeri Selangor secara berterusan, termasuk menerusi pewartaan identiti dan pengiktirafan. Antara pewartaan bagi warisan tidak ketara yang telah dilaksanakan adalah pewartaan makanan Nasi Ambeng dan motif Bunga Tanjung Kelopak 9, manakala pengiktirafan di peringkat kebangsaan adalah Wau Kapal yang diiktiraf sebagai petunjuk geografi bagi Negeri Selangor. Elemen identiti dan warisan

    Selain itu, pelbagai pelaksanaan program di peringkat daerah yang memfokuskan elemen kebudayaan dan warisan tradisi turut dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri, termasuklah penganjuran Fiesta Makanan Warisan dan Pesta Rentak Selangor.

    Fiesta Makanan Warisan merupakan program yang diadakan secara tahunan bermula tahun 2022 untuk memperkenalkan makanan warisan negeri di Negeri Selangor. Pada tahun ini, program Fiesta Makanan Warisan akan mengetengahkan makanan warisan daripada pelbagai kaum/etnik di setiap daerah di Negeri Selangor, termasuk 10 ras Melayu (Jawa, Bugis, Banjar, Minang, Bengkahulu dan sebagainya), Cina, India dan kaum Asal.

    Program Pesta Rentak pula mula diperkenalkan pada tahun 2016 sebagai satu program persembahan pentas bercirikan kesenian dan kebudayaan yang dianjurkan secara tahunan dengan tema yang berbeza. Antara tema pada tahun-tahun terdahulu adalah Manifestasi Keroncong, Gamelan dan Tarian Pelbagai Budaya.

    Pada tahun 2025, Kerajaan Negeri Selangor telah menyusun pelbagai aktiviti kebudayaan dan warisan bagi menyemarakkan penganjuran Tahun Melawat Selangor, di samping menjadikan Selangor destinasi seni, budaya dan warisan negara. Kerajaan Negeri akan melaksanakan program Pesta Seni dan Kebudayaaan Negeri Selangor (Selangor Arts and Culture Festival – SACF) 2025 yang merangkumi enam (6) program kebudayaan dan warisan negeri iaitu:

    1. Fiesta Makanan Warisan Negeri Selangor;
    2. Pesta Rentak Selangor;
    3. Temasya Seni Budaya dan Warisan Negeri Selangor; iv. Festival Wau Kapal;
    4. Pementasan Teater Kesultanan Raja Lumu; dan
    5. Festival Tekstil.

    Selain itu, Kerajaan Negeri turut mengalu-alukan dan menyokong sepenuhnya inisiatif kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri dengan Jabatan/Agensi Kerajaan, Daerah/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan penggiat-penggiat seni, termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Selangor dalam memartabatkan seni budaya dan warisan negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.