Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
302) LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA TANAH
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah permohonan lesen pendudukan sementara (LPS/TOL) di seluruh Negeri Selangor bagi tahun 2024?
Jumlah permohonan lesen pendudukan sementara (LPS/TOL) di seluruh Negeri Selangor bagi tahun 2024 adalah sebanyak 771 permohonan.
-
Berapakah jumlah kelulusan yang telah ditarik balik akibat pelanggaran perjanjian oleh pemohon?
Kelulusan yang telah ditarik balik akibat pelanggaran perjanjian oleh pemohon adalah sebanyak 4 permohonan