Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
298) PERUNTUKAN BAGI PEBS
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan berhasrat untuk meningkatkan peruntukan dan elaun bagi PeBS, apakah garis masa bagi peningkatan peruntukan tersebut?
Kerajaan Negeri sentiasa meneliti keperluan semasa masyarakat terutama dalam menyediakan peruntukan sewajarnya kepada semua agensi dan badan pelaksana di Negeri Selangor. Penggerak Belia Selangor (PeBS) adalah jentera Kerajaan Negeri dalam menggerakkan program-program belia di peringkat akar umbi. Peruntukan yang diberikan kepada semua PeBS adalah sebanyak RM5,000.00 bagi setiap zon dan RM500 elaun. Selaras dengan keputusan MMKN yang lepas, Kerajaan Negeri bersetuju untuk membuat penilaian semula kepada peruntukan yang telah diberikan pada tahun 2025 dengan cadangan penambahan yang munasabah berdasarkan kepada kedudukan kewangan semasa.
-
Adakah kerajaan sedia kursus percuma untuk tingkatkan kemahiran PeBS?
Kerajaan Negeri mengakui dan mengiktiraf peranan PeBS sebagai jentera dan penggerak belia di lapangan serta memahami fungsi PeBS ini setaraf dengan peranan ahli majlis dan ketua kampung. Jawatankuasa Tetap Pembangunan Belia sentiasa meneliti dan menerima cadangan untuk memperkasakan PeBS ini ke aras yang lebih tinggi. Di peringkat agensi pelaksana iaitu Majlis Sukan Negeri Selangor, beberapa program adalah di fasa pelaksanaan dan perancangan. Berikut merupakan butiran tersebut;
- Kursus menyelamat dan pasca banjir bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor;
- Kursus Asas Perajurit Muda (Khas) PeBS bersama Askar Wataniah;
- Kursus kemahiran bersama Selangor Technical Skills & Development Centre; dan
- Peluang menyambung pelajaran dalam bidang teknikal di beberapa institusi.
-
Apakah perancangan kerajaan dari segi latihan kemahiran / vokasional bagi warga belia selain STDC?