Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

297) VANDALISME KEMUDAHAN AWAM

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sepanjang 2023 tiada program khusus berkenaan memberi kesedaran vandalisme, apakah program khusus sepanjang 2024?

    PDRM

    Sepanjang Tahun 2024,walaupun tiada program khusus yang dijalankan bagi memberi kesedaran kepada orang awam bahayanya perbuatan vandalisme, namun kesedaran vandalisme ini sentiasa disampaikan semasa program – program pencegahan jenayah, Polis Bersama Masyarakat dan juga semasa lawatan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) ke sekolah serta Pegawai Perhubungan Masjid (PPM) semasa lawatan mereka. Disamping itu, perkara ini juga disampaikan oleh anggota dan  Pegawai yang membuat rondaan MPV dan URB seperti Meet and Greet, Hari Bertemu Pelanggan, Community Policing. Polis Selangor juga menggunakan platform media sosial untuk menghebahkan kempen kesedaran Vandalisme.

    SEKSYEN PIHAK BERKUASA TEMPATAN

    Di bawah Undang-Undang Kecil Vandalisme 2005, Pihak Berkuasa Tempatan boleh mengambil tindakan ke atas pesalah vandalisme seperti berikut:

    1. UUK 5, UUK Vandalisme 2005: Menangkap pesalah vandalisme;
    2. UUK 6, UUK Vandalisme 2005: Menyita peralatan yang digunakan untuk melakukan aktiviti vandalisme;
    3. UUK 9, UUK Vandalisme 2005: didenda tidak melebihi RM2000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya;
    4. UUK 7, UUK Vandalisme 2005: Kompaun tidak melebihi RM1000 bagi setiap kesalahan dan dalam hal sesuatu kesalahan yang berterusan boleh sebagai tambahan didenda tidak melebihi RM200 bagi setiap kesalahan.

     

     

  2. Apakah terdapat usul oleh Kerajaan Negeri untuk mencadangan bentuk tindakan yang tegas terhadap pesalah vandalisme?

    Di bawah Undang-Undang Kecil Vandalisme 2005, Pihak Berkuasa Tempatan boleh mengambil tindakan ke atas pesalah vandalisme seperti berikut:

    1. UUK 5, UUK Vandalisme 2005: Menangkap pesalah vandalisme;
    2. UUK 6, UUK Vandalisme 2005: Menyita peralatan yang digunakan untuk melakukan aktiviti vandalisme;
    3. UUK 9, UUK Vandalisme 2005: didenda tidak melebihi RM2000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya;
    4. UUK 7, UUK Vandalisme 2005: Kompaun tidak melebihi RM1000 bagi setiap kesalahan dan dalam hal sesuatu kesalahan yang berterusan boleh sebagai tambahan didenda tidak melebihi RM200 bagi setiap kesalahan.

     

  3. Apakah pihak MPKK, ada melaksanakan inisiatif seperti yang dilaksanakan oleh PDRM?

    Di bawah Undang-Undang Kecil Vandalisme 2005, Pihak Berkuasa Tempatan boleh mengambil tindakan ke atas pesalah vandalisme seperti berikut:

    1. UUK 5, UUK Vandalisme 2005: Menangkap pesalah vandalisme;
    2. UUK 6, UUK Vandalisme 2005: Menyita peralatan yang digunakan untuk melakukan aktiviti vandalisme;
    3. UUK 9, UUK Vandalisme 2005: didenda tidak melebihi RM2000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya;
    4. UUK 7, UUK Vandalisme 2005: Kompaun tidak melebihi RM1000 bagi setiap kesalahan dan dalam hal sesuatu kesalahan yang berterusan boleh sebagai tambahan didenda tidak melebihi RM200 bagi setiap kesalahan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.