Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
293) JETI MEMANCING BATU HAMPAR JUGRA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor ada perancangan untuk menambah baik kawasan memancing, membina jeti, lampu dan menyediakan tempat rehat berbumbung serta tandas awam untuk kegunaan para pemancing serta pelancong yang datang ke Batu Hampar dan Bukit Jugra?
Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor tiada perancangan untuk pembinaan jeti memancing di Batu Hampar Jugra. Walau bagaimanapun, Jabatan ini akan sentiasa menyokong dan bekerjasama dalam pelaksanaan program-program yang dirancang oleh Pihak Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) dan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat (PDTKL) di kawasan tersebut.
Maklum Balas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)
Sebarang cadangan/ permohonan bagi pembinaan jeti di negeri Selangor perlu dibawa dan dibincangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Jeti Negeri Selangor yang diurusetiakan oleh LUAS. Setakat ini, LUAS tidak ada menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak untuk membina jeti di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun sekiranya terdapat cadangan pembangunan jeti di mana-mana kawasan, ianya perlu melalui tatacara khusus yang melibatkan penyelarasan di bawah bidang kuasa Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum ianya dibawa untuk pertimbangan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Jeti Negeri Selangor.