Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

292) MASALAH KESESAKAN LALU LINTAS DI BANDAR

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah kerajaan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar-bandar utama, terutamanya pada waktu puncak?

    Antara langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam menangani isu kesesakan lalu lintas di kawasan bandar pada waktu puncak adalah seperti berikut:-

    1. Menggalakkan penggunaan pengangkutan awam yang secara tidak langsung dapat mengurangkan pengunaan kenderaan persendirian di jalan raya selaras dengan matlamat bandar rendah karbon menjelang tahun 2030;
    2. Kerajaan Negeri juga sedang dalam usaha untuk meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam dengan  menambahbaik laluan Bas Smart Selangor (BSS), pelaksanaan Demand-Responsive Transit (DRT) dengan usaha sama Rapid KL serta menambahbaik laluan pejalan kaki di lokasi-lokasi tumpuan dalam negeri; dan
    3. Kerajaan Negeri berkerjasama dengan pihak konsesi lebuh raya bagi mengehadkan kenderaan berat memasuki jalan-jalan utama ketika waktu puncak.
  2. Apakah perancangan kerajaan untuk memperluas jaringan pengangkutan awam di kawasan-kawasan luar bandar yang masih kurang perkhidmatan?

    Antara perancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk memperluas jaringan pengangkutan awam, terutama di kawasan luar bandar adalah seperti berikut:-

    1. Meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam dan mobiliti di seluruh Negeri Selangor dengan menggabungkan semua aspek pengangkutan di bawah satu sistem yang dipandu oleh analisis data;
    2. Menyediakan perkhidmatan bas percuma dengan 56 laluan dan menyediakan sejumlah 163 buah bas di dua belas (12) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT); dan
    3. Bekerjasama dengan kerajaan persekutuan untuk merealisasikan projek pengangkutan seperti Bas Rapid Transit (BRT) serta perancangan untuk pembinaan infrastruktur pengangkutan yang lain.

Lampiran

Tiada Lampiran.