Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

287) KAPASITI KESIHATAN DI LEMBAH JAYA

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kapasiti klinik dan pusat kesihatan di Lembah Jaya mencukupi untuk menampung jumlah penduduk yang semakin bertambah?

    Adalah dimaklumkan, bagi kawasan Lembah Jaya terdapat dua (2) buah klinik kesihatan kerajaan, iaitu Klinik Kesihatan Ampang (dengan purata kedatangan pesakit harian seramai 1,600 hingga 1,800 orang) dan Klinik Kesihatan Taman Nirwana (dengan purata kedatangan pesakit harian seramai 350 hingga 500 orang).

    Selain itu, terdapat juga Klinik Komuniti Taman Sri Watan dengan purata kedatangan harian seramai 90 orang. Buat masa ini tiada tanah yang dikenal pasti di kawasan Lembah Jaya untuk melaksanakan pembangunan klinik kesihatan yang baru.

Lampiran

Tiada Lampiran.