Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
281) GAS RUMAH KACA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah strategi Kerajaan Negeri Selangor dalam menghadapi kesan perubahan iklim?
Soalan (a) akan dijawab bersekali dengan soalan (b).
Dalam menangani isu perubahan iklim, strategi dan pelan tindakan perlu jelas dan sistematik agar tindakan mitigasi dan adaptasi yang akan diambil akan lebih berkesan. Kedua-dua isu perubahan iklim dan pelepasan gas rumah kaca adalah berkait rapat dan strategi yang digariskan oleh Kerajaan Negeri sememangnya akan menfokuskan kepada pengurangan pelepasan gas rumah kaca.
Berikut adalah strategi Kerajaan Negeri yang telah digariskan sebagai respon kepada perubahan iklim:
- Penyediaan Dasar dan Pelan Tindakan Perubahan Iklim Negeri Selangor
- Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau telah melaksanakan Kajian Dasar Perubahan Iklim Negeri Selangor dengan kerjasama Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara Universiti Kebangsaan Malaysia (SEADPRI-UKM) yang bertujuan untuk mengenal pasti tindakan bersepadu yang perlu diambil daripada pelbagai aspek. Hasil kajian ini bertumpukan kepada tindakan yang perlu diambil bagi memperkukuhkan pelaksanaan pembangunan negeri berkaitan adaptasi, mitigasi dan pengurusan risiko bencana iklim. Kajian ini turut menggariskan bahaya risiko bencana yang dikenalpasti iaitu bahaya banjir, kenaikan paras air laut, keterdedahan risiko kepada infrastruktur kritikal seperti fasiliti hospital, sekolah dan rumah-rumah ibadat.
- Bagi memastikan pelan tindakan yang sistematik, Dasar dan Pelan Tindakan Perubahan Iklim Negeri Selangor telah disediakan berdasarkan kepada situasi terkini Negeri Selangor dengan menggariskan teras-teras keutamaan yang meliputi sepuluh (10) sektor seperti tenaga, infrastruktur, pertanian dan lain-lain.
- Secara ringkasnya, Dasar Perubahan Iklim Negeri Selangor bertujuan untuk mengarusperdanakan tindakan iklim dalam agenda pembangunan negeri dan menetapkan hala tuju kepada peralihan ke arah ekonomi rendah karbon serta pembangunan yang berdaya tahan iklim; .
- Antara strategi yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:
- Memperkukuhkan pembinaan infrastruktur dengan menjalankan audit bagi mengenal pasti kelemahan yang memerlukan penambahbaikan dan kerja-kerja pendalaman sungai dan kolam oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS);
- Memperkukuhkan penyelesaian jangka panjang dalam menangani isu banjir melalui pengurusan sumber air bersepadu, pengurusan lembangan sungai dan kaedah pembersihan serta pemuliharaan sumber air Negeri Selangor melalui peranan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS);
- Mempertingkatkan kerjasama bagi pengurusan risiko bencana, kesiapsiagaan, pemantauan pengurangan kerentanan serta respon dan pemulihan yang cepat dan berkesan;
- Pematuhan kepada piawaian alam sekitar dan garis panduan pembangunan oleh pemaju projek;
- Membangunkan sistem pengurusan sisa bersepadu berteknologi tinggi seperti kemudahan Sisa kepada Tenaga atau Waste-to Energy (WTE) dan penapisan biogas;
- Pengurusan hutan dan biodiverisiti serta memastikan pengekalan kawasan litupan hijau tidak kurang dari 30% termasuk projek penanaman 11 juta pokok;
- Menjalankan kempen-kempen kesedaran dan pendidikan serta sesi perkongsian maklumat berkaitan penjagaan alam sekitar seperti program kitar semula sisa plastik dan E-Waste, kempen bebas plastik dan lain-lain.
Seterusnya, isu perubahan iklim telah menjadi pendorong utama kepada usaha pengurangan pelepasan karbon di Negeri Selangor. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil tindakan bagi menangani isu-isu perubahan iklim dan pengurangan intensiti pelepasan karbon di peringkat negeri seperti berikut:
- Penyediaan pelan pembangunan mekanisme pengurusan dan pelaporan karbon dan gas rumah hijau (GHG) Negeri Selangor;
- Menggalakkan pemasangan panel solar di bangunan Kerajaan Negeri, Jabatan/Agensi serta PBT, rumah kediaman dan institusi pendidikan serta bangunan hak milik sektor swasta;
- Pembangunan Pelan Induk Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PISPPANS) bagi memastikan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang lebih sistematik;
- Pengurangan Sisa melalui 3R, ekonomi kitaran, Single Use Plastic Prevention, pendapatan daripada sisa, dan melaksanakan Extended Producer Responsibility (EPR);
Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau juga sedang meneliti dan meneroka peluang dalam aspek peralihan tenaga di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR). Pada ketika ini, pihak Jawatankuasa Tetap sedang menyediakan rangka kerja yang meliputi pembangunan dasar ekonomi hijau, sistem pengurusan data/inventori GHG yang seragam dan pelan pasaran karbon serta blueprint bandar sifar karbon. Rangka kerja ini akan membantu Kerajaan Negeri dalam merancang dan melaksanakan langkah-langkah untuk mencapai sasaran pengurangan karbon. Pelaksanaan rangka kerja ini masih di peringkat pra pelaksanaan dengan kerjasama Jabatan/Agensi berkaitan di mana kajian kebolehlaksanaan dan analisis kos faedah (CBA) perlu dilaksanakan terlebih dahulu. Peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui ini merupakan langkah penting dalam usaha menangani isu perubahan iklim kerana ianya kurang menghasilkan pelepasan karbon dioksida (CO₂) berbanding dengan bahan api fosil, yang merupakan punca utama pelepasan karbon. Dengan memanfaatkan tenaga boleh diperbaharui, Negeri Selangor dapat memainkan peranan yang lebih besar dalam menangani perubahan iklim negara. Langkah ini bukan sahaja dapat membantu mengawal pemanasan global tetapi juga memperkukuh ekonomi dan melindungi kesihatan awam serta kelestarian alam sekitar.
-
Bagaimana Negeri Selangor merancang untuk mengurangkan pelepasan gas rumah kaca?